Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pertahanan AS, China temui pemimpin S’pura jelang Dialog Shangri-La

Jun 02, 2023 | 05:11 PM



KETUA pertahanan dari Amerika Syarikat dan China menemui pemimpin Singapura pada pagi Jumaat sebelum Dialog Shangri-La ke-20 yang berlangsung 2 hingga 4 Jun.

Menteri Pertahanan China, Encik Li Shangfu, menemui Pemangku Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di bangunan The Treasury, sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan jeneral China itu ke Singapura.

Encik Wong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, menggalas peranan itu kerana Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, disahkan positif Covid-19 dan sedang beransur pulih, kata Pejabat Perdana Menteri pada 1 Jun.

Secara berasingan, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, menemui Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Hotel Shangri-La, lokasi perhimpunan pegawai pertahanan tertinggi dari seluruh dunia yang berkumpul untuk membincangkan isu keselamatan mendesak dari 2 hingga 4 Jun.

Ini adalah lawatan Encik Li yang pertama ke Singapura sejak pelantikannya pada Mac.

Beliau telah menemui Dr Ng pada 1 Jun untuk Dialog Menteri Pertahanan Singapura-China kedua dan selepas itu, kedua-dua pemimpin tersebut menyaksikan pemeteraian perjanjian untuk menubuhkan talian bagi mengukuhkan perhubungan pertahanan peringkat tinggi.

Semasa pertemuan mereka, Encik Wong dan Encik Li mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang telah lama terjalin antara Singapura dan China, dan mengalu-alukan kemajuan dalam kerjasama pertahanan dua hala di bawah Perjanjian mengenai Pertukaran Pertahanan dan Kerjasama Keselamatan (ADESC) 2019 yang dipertingkat.

Semasa pertemuannya dengan Encik Austin pada Jumaat, Dr Ng menyatakan penghargaan di atas sokongan Amerika yang sekian lama untuk latihan Angkatan Bersenjata Singapura di Amerika.

Encik Austin pula menyampaikan penghargaannya di atas sokongan konsisten Singapura terhadap kehadiran tentera Amerika di rantau ini.

Dr Ng dan Encik Austin berharap untuk memperdalam kerjasama dua hala, khususnya melalui pemerolehan dan pengendalian pesawat pejuang F-35B oleh RSAF, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pemimpin membincangkan perkembangan geopolitik di Asia-Pasifik, dan bersetuju tentang kepentingan penglibatan berterusan Amerika di rantau itu.

Kedua-dua Encik Li dan Encik Austin menjadi penceramah utama di Dialog Shangri-La 2023, yang bermula pada petang Jumaat dengan ucaptama oleh Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, juga telah menemui Dr Ng pada petang Jumaat di mana kedua-dua ketua itu mengesahkan semula dedikasi bersama mereka untuk memperdalam kepercayaan, mengembangkan kerjasama dan meningkatkan perkongsian antara kedua-dua pertubuhan pertahanan.

Mereka meneroka cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama bagi menangani cabaran keselamatan bersama di rantau ini serta mengakui peranan penting wadah berbilang hala serantau termasuk Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dalam meningkatkan keselamatan dan kestabilan serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >