Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua Staf Angkatan Udara Indonesia terima anugerah tentera berprestij S'pura

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



KETUA Staf Angkatan Udara Indonesia (TNI AU), Ketua Marshal Udara (ACM) Fadjar Prasetyo, menerima anugerah tentera berprestij semalam yang dianugerahkan oleh Presiden Halimah Yacob.



Pingat Jasa Gemilang (Tentera) itu diberikan kepada ACM Fadjar atas sumbangan besar beliau dalam mengukuhkan hubungan pertahanan antara tentera udara Indonesia dan Singapura.



Ia disampaikan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen dalam majlis pelantikan yang diadakan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pagi semalam.



Di bawah kepimpinan ACM Fadjar, kedua-dua Tentera Udara memperingati hubungan pertahanan selama 40 tahun pada 2021 dengan terbang lintas hormat bersama semasa Latihan Elang Indopura.



Mereka juga menandatangani Pengisytiharan Bersama mengenai Persahabatan Erat dan Kerjasama, menegaskan komitmen bersama untuk mengukuhkan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua Tentera Udara.



Mengulas mengenai penganugerahannya, ACM Fadjar berkata: "Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menerima anugerah yang luar biasa berprestij ini, Pingat Jasa Gemilang (Tentera), daripada sahabat kami, Republik Singapura.



"Secara peribadi, saya sangat bertuah untuk berada di sini hari ini, dan saya percaya anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi bukti kejayaan yang dicapai dalam kerjasama pertahanan kami dan pengesahan komitmen kami untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini.



"Kami berharap agar hubungan mesra RSAF dan TNI AU akan sentiasa terjalin dan berjaya pada masa hadapan."



ACM Fadjar telah berada di Singapura selama lima hari sejak Isnin lalu.



Sebagai sebahagian daripada lawatannya, ACM Fadjar bertemu Dr Ng, Ketua Angkatan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, dan Ketua Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong, selepas memeriksa Kawalan Kehormatan di MINDEF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >