KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI
Kewujudan syarikat Global Astir jadi tanda tanya
May 26, 2016 | 05:30 AM
KEWUJUDAN anak syarikat Majlis Pusat, Global Astir Pte Ltd, terus menjadi tanda tanya pada perbicaraan kes penipuan projek penyalaan lampu Hari Raya (HRLU) 2011 dan 2012.
Global Astir yang ditubuhkan pada 1999 antara empat entiti yang dikatakan digunakan Majlis Pusat bagi menipu agensi pembiayaan HRLU 2011, hujah pendakwa sebelum ini.