Kg Glam kembali bermaya walau cabaran tetap ada... , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SEKITAR RAMADAN

Kg Glam kembali bermaya walau cabaran tetap ada...

Niaga kain, tekstil sekitar Arab Street terus mencabar
Apr 16, 2021 | 05:30 AM

Setiap kali Ramadan, Kampong Glam pasti menjadi tumpuan masyarakat Melayu/Islam. Dari keperluan pakaian dan perhiasan sempena Hari Raya hinggalah juadah berbuka daripada pelbagai jenis restoran - tradisional, juadah Timur Tengah dan 'hipster' - Kampong Glam memenuhi citarasa hampir segenap lapisan usia. Dek pandemik Covid-19, keadaan di Kampong Glam pada Ramadan lalu begitu suram. Namun, tahun ini, dengan beberapa kelonggaran yang diberikan, kawasan itu sudah kembali bertenaga. BERITA HARIAN (BH) bersembang dengan para peniaga di kawasan tersebut. Ketiadaan pelanggan dari luar negara serta pembeli setempat yang masih berhati-hati berbelanja antara sebab

WALAUPUN sudah beroperasi semula seperti biasa, kedai-kedai tekstil di Kampong Glam masih mengalami kesukaran untuk merancakkan semula perniagaan mereka daripada impak wabak Covid-19.

Semasa Berita Harian (BH) mengunjungi kawasan sekitar Arab Street minggu lalu, sekurang-kurangnya tiga kedai tekstil telah 'gulung tikar' dan diambil alih oleh perniagaan lain.

Ketika menemu bual beberapa pemilik kedai tekstil di sana, mereka berkongsi bahawa meskipun perniagaan semakin baik sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ia masih mencabar.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang kurang pasti sama ada mereka boleh terus bertahan.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Antara mereka yang ditemui adalah pemilik bersama Alibaba Textiles di Arab Street yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Encik Ali.

Menurut Encik Ali, 61 tahun, beliau telah kehilangan sebanyak 70 peratus pendapatan di tengah-tengah pandemik ini.

Walaupun, keadaan lebih baik sejak beberapa bulan lalu dengan lebih ramai dijangka membeli kain sebagai persiapan untuk menempah pakaian Hari Raya, Encik Ali berkata beliau tidak dapat menjual sebanyak yang dijangkakan.

"Sepanjang 15 tahun saya berniaga di sini, saya rasa keadaan sekarang memang paling teruk.

"Tidak ramai yang datang untuk membeli kain untuk buat pakaian. Tidak kira untuk Hari Raya atau acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan.

"Penjualan kami memang terjejas teruk," keluh Encik Ali.

Dengan sekatan pergerakan masih diteruskan, Encik Ali berkata beliau tidak dapat menyambut pelanggan dari luar negara yang selalunya berbelanja di kedainya sebelum tempoh pandemik ini berlaku.

Beliau menganggarkan sehingga 50 peratus pelanggannya adalah dari luar negara seperti Malaysia, Indonesia dan Afrika sebelum ini.

"Oleh kerana mereka tidak dapat berkunjung ke sini, saya pun tidak dapat berurusan dengan mereka.

"Lagi 50 peratus pelanggan saya yang lain adalah warga tempatan. Tetapi memandangkan ekonomi yang tidak stabil, ramai yang memilih untuk menabung wang dan tidak berbelanja besar seperti dulu," jelasnya.

Berkongsi pandangan yang sama, Encik Faslur Rahman, pemilik Queens Fabrics, berkata pendapatannya hanya satu pertiga daripada apa yang beliau perolehi pada tempoh sebelum pandemik.

Menurut Encik Faslur, 58 tahun, hanya 10 peratus daripada pelanggannya kini membeli kain untuk membuat baju Raya.

"Pada tahun-tahun sebelum ini, perniagaan amat baik sepanjang bulan Januari hingga Mac.

"Kawasan Arab Street begitu meriah sekali... ramai pelanggan sibuk beli-belah dan mendapatkan kain-kain istimewa sempena Hari Raya.

"Tetapi tahun ini, ramai yang datang ke kedai saya hanya beli kain baru untuk dijadikan pakaian bagi majlis perkahwinan.

"Apabila ditanya mengapa tidak beli kain untuk Hari Raya, rata-rata menyatakan mereka mahu mengenakan pakaian dari tahun lalu," kata Encik Faslur yang juga memiliki kedai Suria Fabrics dan Sharvan's.

Sepanjang tempoh ini, Encik Faslur berkata beliau telah bertahan dengan sokongan yang diberikan pemerintah dan subsidi sewa.

Encik Habibullah, pemilik Molkan Enterprise dan Eleganz by Molkan Fabrics pula berkata meskipun mendapat pelbagai bantuan, beliau masih perlu mengeluarkan wang simpanan untuk terus bertahan sepanjang tempoh mencabar ini.

Berkongsi lebih lanjut, pemilik generasi ketiga perniagaan keluarganya itu berkata beliau sebenarnya berniat memberi tumpuan dan sumber kepada hanya satu kedainya - menutup yang lain.

Namun, Encik Habibullah menjelaskan bahawa ini akan menyebabkan kerugian lebih besar kerana beliau sudah banyak melabur dalam kain yang dipamerkan di kedai-kedainya itu.

"Saya boleh saja tutup kedai, tetapi jika saya melakukan itu, bagaimana saya ingin menjual kain-kain yang saya ada di kedai sekarang?

"Kalau diletakkan dalam bilik penyimpanan, ia tidak mempunyai nilai kerana pelanggan tidak dapat melihat produk jualan kita.

"Jadi banyak sebenarnya perlu difikirkan semasa tempoh ini untuk terus berniaga... memang bukan mudah," jelas Encik Habibullah.

Tambahnya, dengan terdapat trend golongan muda memilih untuk mendapatkan pakaian yang sudah sedia dalam talian, ia juga menjejas perniagaannya.

Dengan sebanyak 70 peratus pelanggannya terdiri daripada pelancong dari luar negara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia dan Eropah, pemilik Osman Silk House, Encik Mohamed Anis Osmanbhoy, berkongsi perniagaannya terjejas teruk semasa pandemik ini.

Namun, ia tidak menghalangnya daripada terus mendekati dan menjual kain-kain eksklusifnya kepada pelanggan-pelanggan tersebut dengan memanfaatkan teknologi.

"Kami mempunyai pelanggan tetap yang percaya dengan kualiti kain yang kami tawarkan.

"Jadi kami mengambil gambar kain yang pelanggan kami perlukan dan menghantarkannya ke luar negara.

"Tetapi ia masih berbeza daripada pengalaman membeli kain secara fizikal. Pelanggan tidak dapat merasa dan melihat secara fizikal kain-kain itu," ujar Encik Mohamed Anis yang sudah pun menawarkan khidmat itu sebelum penularan Covid- 19.


"Sepanjang 15 tahun saya berniaga di sini, saya rasa keadaan sekarang memang paling teruk. Tidak ramai yang datang untuk membeli kain untuk buat pakaian, tidak kira untuk Hari Raya atau acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan. Penjualan kami memang terjejas teruk."
- Pemilik bersama Alibaba Textiles di Arab Street yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Encik Ali.


"Pada tahun-tahun sebelum ini, perniagaan amat baik sepanjang bulan Januari hingga Mac. Kawasan Arab Street begitu meriah sekali... ramai pelanggan sibuk beli-belah dan mendapatkan kain-kain istimewa sempena Hari Raya. Tetapi tahun ini, ramai yang datang ke kedai saya hanya beli kain baru untuk dijadikan pakaian bagi majlis perkahwinan. Apabila ditanya mengapa tidak beli kain untuk Hari Raya, rata-rata menyatakan mereka mahu mengenakan pakaian dari tahun lalu.
- Pemilik Queens Fabrics, Encik Faslur Rahman.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map