Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

Khaw Boon Wan bersara dari politik, tidak bertanding dalam GE2020

Jun 26, 2020 | 05:22 PM



MENTERI Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, 67 tahun, akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE) pada 10 Julai, sekaligus mengakhiri kerjaya politiknya yang telah berlangsung selama hampir dua dekad.



Encik Khaw, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, memasuki politik pada 2001 dan terkenal di atas penglibatannya dalam menangani beberapa isu mencabar sewaktu berkhidmat dalam pelbagai kementerian.



Dalam kiriman Facebooknya pada Jumaat (26 Jun), Encik Khaw mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura, penduduk kawasan undinya, rakan AP dan Kabinet.



“Sepuluh tahun setelah menjalani pembedahan jantung saya, inilah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan turun di stesen seterusnya, yakin bahawa kru seterusnya akan menaikkan #Singapore ke tahap ketinggian yang lebih baru," kata Encik Khaw. 



Dalam surat yang ditulis kepada ahli politik veteran itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyenaraikan pelbagai pencapaian Encik Khaw dalam menangani krisis termasuk semasa beliau Menteri Negara Kanan (Kesihatan) dalam wabak Sars pada tahun 2003.



Encik Lee berkata, Encik Khaw berada di barisan depan, memeriksa pengaturan dan mendorong hospital kakitangan.



Perdana Menteri menyifatkan Encik Khaw, yang telah berada di Kabinetnya sejak beliau menjadi PM pada 2004, “salah seorang leftenan saya yang paling dipercayai” dan mengucapkan terima kasih atas nasihat dan persahabatan peribadinya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >