PARLIMEN
Khaw: SMRT punya pasukan pemimpin baik, ada kala peletakan jawatan berguna
Jul 09, 2019 | 05:30 AM
SMRT mempunyai pasukan pemimpin yang baik, dan kadangkala beberapa peletakan jawatan boleh membantu syarikat itu, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan ketua Parti Pekerja, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied), mengenai laporan akhbar The Straits Times tentang beberapa peletakan jawatan di SMRT, dan apakah kesannya terhadap rancangan syarikat tersebut untuk mempertingkat kebolehpercayaan rangkaian rel bagi jangka panjang.