PAMERAN 'PUSAKA: WARISAN DAN BUDAYA JAWA DI SINGAPURA'
Khazanah lama Jawa cetus inspirasi
May 30, 2016 | 05:30 AM
DARIPADA 'gunungan', yakni wayang berbentuk gambar gunung yang dibuat daripada kulit lembu dan sokongannya daripada tanduk kerbau, hinggalah alat muzik 'slenthem', 'saron' dan 'kenong' yang digunakan dalam persembahan gamelan.
Itulah antara lebih 35 artifak yang dipamerkan dalam pameran Pusaka: Warisan dan Budaya Jawa Singapura anjuran Taman Warisan Melayu (TWM) dan Persatuan Jawa Singapura (JAS).