Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat bas dilencong, tren dilanjut sempena sambutan Tahun Baru

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA perkhidmatan bas akan dilencongkan mulai 6 petang hingga tamat operasi bas pada petang Sabtu ini berikutan penutupan jalan sempena acara sambutan Tahun Baru, kata pengendali pengangkutan SBS Transit, Tower Transit dan Go-Ahead.



Sebanyak 16 perkhidmatan bas SBS Transit tidak akan berhenti di perhentian bas di sepanjang Bayfront Avenue dan Beach Road serta di sekitar Daerah Sivik mulai 6 petang disebabkan acara tahun baru Marina Bay Singapura 2023, sedang perjalanan mereka dilencongkan secara progresif ke laluan alternatif, kata SBS Transit dalam satu kenyataan semalam.



Perkhidmatan bas yang terjejas ialah 10, 14, 16, 56, 57, 70/70M, 100, 111, 130, 131, 133, 162M, 195, 196, 400 dan 502.



Pada 23 Disember lalu, Tower Transit menyatakan lima perkhidmatan basnya tidak akan berhenti di hentian di sepanjang Bayfront Avenue, Bras Basah Road, Raffles Avenue, Temasek Avenue dan Temasek Boulevard dari 6 petang hingga perkhidmatan bas terakhir.



Perkhidmatan bas terjejas itu ialah 77, 97, 106, 167 dan 857.



Sementara itu, perkhidmatan bas syarikat Go-Ahead, 36 dan 518, juga akan terjejas, dan tidak akan berhenti di hentian di sepanjang Bayfront Avenue, Raffles Avenue, Raffles Boulevard, Temasek Avenue dan Temasek Boulevard dari 6 petang hingga tamat operasi bas.



Khidmat bas dan tren tertentu pula akan dilanjutkan pada 31 Disember ini bagi membolehkan penumpang pulang ke rumah selepas meraikan Tahun Baru.



Khidmat kereta api di Laluan Downtown dan Laluan Timur Laut (NEL) akan dilanjutkan kira-kira 2.5 jam, kata SBS Transit.



Khidmat kereta api di Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat, Laluan Circle dan Laluan Thomson-East Coast akan dilanjutkan, kata SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >