Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat gunting rambut percuma bagi anak pesalah

Dec 26, 2021 | 07:06 PM



Sekitar 50 kanak-kanak nampaknya akan memulakan penggal sekolah baru dengan gaya rambut yang lebih kemas. 



Ini selepas mereka berpeluang mendapatkan khidmat gunting rambut percuma di bawah satu program dikendalikan di bawah kempen Dadah Itu Haram (DIH) dengan kerjasama Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Persatuan Akar Umbi Nee Soon Central serta enam kedai gunting rambut di estet perumahan Yishun.



Setiap kanak-kanak di bawah program itu akan diberikan baucar gunting rambut yang boleh digunakan di mana-mana kedai gunting rambut yang terlibat dalam kempen DIH.



Program itu juga merupakan lanjutan daripada Program Kembali Ke Sekolah yang dilancarkan 19 Disember lalu bagi tujuan membantu anak banduan bersiap ke sekolah. 



Menteri Negara (Pembangunan Negara Merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, telah mengunjungi dua kedai gunting rambut yang terlibat – Haji Osnam Malay Barbershop dan Sri Dewa – untuk menyampaikan baucar kepada keluarga-keluarga tersebut pada Ahad (26 Disember). 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >