Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat kereta api, bas dilanjut pada malam Krismas, Tahun Baru

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN pengangkutan awam terpilih akan dilanjutkan pada malam Krismas dan malam Tahun Baru pada 24 Disember dan 31 Disember, bagi membolehkan penumpang pulang.



Perkhidmatan kereta api Laluan Downtown (DTL) dan Laluan Timur Laut (NEL) dilanjutkan kira-kira satu setengah jam pada 24 Disember dan kira-kira dua setengah jam pada 31 Disember, kata SBS Transit semalam.



Perkhidmatan LRT Sengkang Punggol akan beroperasi lebih lama hingga selepas kereta api NEL terakhir tiba di stesen pusat bandar. Pada malam Krismas, kereta api terakhir DTL akan bertolak dari stesen Bukit Panjang untuk ke stesen Expo pada 1.05 pagi, manakala kereta api terakhir dari Expo bertolak pada 1.06 pagi.



Kereta api terakhir di NEL menuju ke Punggol akan bertolak dari stesen HarbourFront pada 1.17 pagi, sementara kereta api terakhir dari arah bertentangan akan bertolak pada 12.45 malam.



Pada malam Tahun Baru, kereta api terakhir DTL dari stesen Bukit Panjang menuju ke stesen Expo akan bertolak pada 2.03 pagi, manakala kereta api terakhir di arah bertentangan akan bertolak pada 2.04 pagi.



Kereta api terakhir di NEL dari stesen HarbourFront ke stesen Punggol akan bertolak pada 2.16 pagi, manakala bagi haluan bertentangan dari stesen Punggol ia akan bertolak pada 1.45 pagi.



Perkhidmatan kereta api di Laluan Utara Selatan (NSL), Laluan Timur-Barat (EWL), Laluan Circle Line (CCL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL) akan dilanjutkan juga, kata SMRT di Facebook.



Pada malam Krismas, kereta api terakhir NSL yang bertolak dari stesen Orchard di kedua-dua arah dijadualkan pada 1.15 pagi, manakala kereta api terakhir EWL yang berlepas dari stesen City Hall di kedua-dua arah dijadualkan pada 1.21 pagi.



Kereta api terakhir CCL dari stesen Dhoby Ghaut ke stesen HarbourFront akan bertolak pada 12.47 malam, manakala kereta api terakhir ke arah bertentangan akan bertolak awal sedikit pada 12.43 malam.



Kereta api terakhir TEL menghala ke stesen Gardens by the Bay akan bertolak dari stesen Woodlands North di 12.42am, manakala kereta api terakhir di arah bertentangan bertolak pada 1.05 pagi.



Pada malam Tahun Baru, kereta api terakhir NSL dari stesen City Hall ke stesen Jurong East dijadualkan pada 2.15 pagi, manakala kereta api terakhir di arah bertentangan menuju stesen Marina South Pier berlepas pada 1.57 pagi.



Kereta api terakhir EWL dari stesen City Hall di kedua-dua arah dijadualkan pada 2.15 pagi. Kereta api terakhir CCL meninggalkan stesen Dhoby Ghaut ke stesen HarbourFront berlepas pada 1.41 pagi, manakala kereta api terakhir di arah sebaliknya berlepas 1.38 pagi.



Kereta api terakhir di laluan TEL ke stesen Gardens by the Bay bertolak dari stesen Woodlands North pada 1.47 pagi, manakala kereta api terakhir di arah sebaliknya bertolak pada 2.10 pagi.



Perkhidmatan 24 bas SBS juga akan dilanjutkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >