Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Khidmat teksi, kereta sewa privet disemak sedang permintaan naik

Sep 13, 2023 | 07:26 PM



Cara pengendali teksi dan khidmat kereta sewa privet beroperasi sedang disemak pihak berkuasa dalam usaha memastikan perkhidmatan yang disediakan kekal relevan sedang keperluan penumpang dan industri berubah.

Semakan struktur industri dan rangka kerja undang-undang itu diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (13 Sep), sedang permintaan bagi sektor itu kian meningkat.

Secara purata, jumlah perjalanan setiap hari – yang merangkumi kedua-dua khidmat teksi dan kereta sewa privet lain – meningkat sebanyak 18.6 peratus daripada 517,000 pada November 2020 kepada 613,000 pada Julai 2023.

Semakan itu, yang dijangka selesai pada suku kedua 2024, dilakukan selepas rangka kerja perlesenan bagi pengendali khidmat kereta sewa privet dan teksi dilancarkan pada Oktober 2020.

Menurut LTA, sektor khidmat pengangkutan dari satu tempat ke tempat (P2P) memainkan peranan penting dalam melengkapkan perkhidmatan pengangkutan awam, dan memberikan penumpang pilihan bagi perjalanan langsung tanpa perlu membeli kereta.

Semakan tersebut akan memberi tumpuan terhadap tiga bidang, termasuk mempertingkat kestabilan bekalan teksi dan khidmat kereta sewa privet lain, seperti semasa lewat malam atau apabila terdapat kekurangan teksi atau kereta sewa.

Ini selain memastikan khidmat akan disediakan tanpa sebarang gangguan dan memastikan khidmat memenuhi keperluan golongan penumpang seperti pengguna kerusi roda dan keluarga dengan anak-anak kecil.

Menurut LTA lagi, perbincangan dengan pengendali teksi dan kereta sewa privet, Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) dan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) telah dimulakan.

Ia juga akan mendapatkan maklum balas dari kumpulan penumpang yang berbeza, tambah LTA.

Menurutnya, sektor P2P juga telah banyak berubah sejak rangka kerja perlesenan itu dilancarkan.

Teksi terus memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan penumpang di kawasan di mana permintaan kekal tinggi seperti di Lapangan Terbang Changi, serta untuk pelancong dan penumpang yang kurang celik teknologi.

Ini meskipun permintaan untuk teksi tradisional kian menjunam, menyebabkan kurangnya teksi di jalan raya.

Pada masa sama, permintaan bagi khidmat kereta sewa privet di kalangan penumpang dan pemandu didapati meningkat, menurut LTA.

Syarikat seperti Gojek dan Grab menawarkan khidmat tersebut.

Sementara itu, jumlah pemandu yang menawarkan khidmat P2P kembali meningkat.

Akhbar The Straits Times melaporkan, terdapat sekitar 63,000 pemandu aktif dalam sektor P2P dalam enam bulan pertama 2023.

Jumlah tersebut 15 peratus lebih tinggi berbanding suku terakhir 2022.

Meskipun jumlah pemandu teksi mencapai 21,000 dan kekal stabil, jumlah pemandu kereta sewa privet meningkat sekitar 15 peratus kepada 42,000, menurut jurucakap LTA.

Pemandu memerlukan lesen vokasional yang sah untuk menyediakan khidmat P2P.

Menurut LTA, masa menunggu untuk permohonan diluluskan bagi menghadiri kursus latihan bagi lesen vokasional telah dikurangkan dari 10 hari pada Mac kepada empat hari pada Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >