DALAM usaha Berita Harian dan Klassified memudahkan pelanggan menyiarkan pengumuman berita kematian, ucapan takziah, penghargaan dan perutusan memperingati orang tersayang, sebuah khidmat talian khas telah disediakan.
Melalui talian khas ini, pembaca tidak perlu lagi hadir secara peribadi dan membuat tempahan di kaunter iklan Klassified cetak di SPH News Centre, Toa Payoh North.