Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khutbah pupuk Muslim agar bersyukur di sebalik cabaran

Jun 05, 2020 | 01:15 PM



MASYARAKAT Islam di Singapura kini bersyukur kerana tempoh pemutus rantaian jangkitan telah pun berakhir, dengan masjid mula dibuka secara berperingkat.



"Setelah berminggu-minggu kita diuji dengan duduk di rumah dalam usaha kita membendung penularan wabak dalam masyarakat, kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana tempoh pemutus rantaian jangkitan telah pun berakhir. 



"Beberapa aktiviti dapat dijalankan semula dan kita juga dapat menziarahi orang tua kita sungguhpun dengan jumlah pelawat yang sedikit, malahan, masjid-masjid kita juga sedang mula dibuka secara berperingkat," demikian menurut khutbah hari ini yang disiapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Khutbah kali ini menerangkan bahawa bersyukur ketika diuji, sebenarnya merupakan satu tahap yang perlu diusahakan setiap individu mukmin. 



Ia mendorong Muslim untuk bermuhasabah diri, dan melihat kepada pelbagai nikmat yang Tuhan kurniakan, walaupun pada saat itu kita masih lagi diuji Tuhan - sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Musa as yang mengingatkan kaumnya untuk terus bersyukur atas nikmat dan ketentuan yang telah Allah swt rancangkan buat mereka, meskipun baginda bersama kaumnya berada dalam keadaan yang perit dan pahit.



"Bersyukur juga menyedarkan kita bahawa disebalik setiap ujian itu terdapat banyak lagi kenikmatan yang kita nikmati dan kecapi," menurut teks khutbah hari ini.



Namun sedang langkah pemutus litar berakhir, khutbah hari ini mengingatkan masyarakat agar tidak ambil ringan dan perlu terus mengamalkan langkah-langkah penting pencegahan seperti menjaga kebersihan dan kesihatan diri, menjaga jarak selamat dan sebagainya.



"Perjuangan dan usaha kita untuk mencegah penularan wabak ini masih belum berakhir lagi... kita tidak mahu menimbulkan sebarang bahaya dalam masyarakat kita lagi," menurut teks itu lagi.



"Sama-samalah kita berganding bahu memainkan peranan kita untuk menjaga keselamatan diri kita, keluarga dan masyarakat kita. 



"Semoga Allah swt mengembalikan keamanan dan kesejahteraan buat kita semua," akhiri khutbah hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >