Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kian ramai siapkan wasiat, lebih terbuka mengenai soal akhir hayat

Oct 25, 2022 | 07:14 AM



BILANGAN orang Melayu/Islam di Singapura yang menyiapkan wasiat telah meningkat sekitar 20 peratus berbanding 10 tahun yang lalu, kata pakar.



Ini sebahagian daripada kesedaran dan sikap terbuka yang meningkat untuk membincangkan tentang soal akhir hayat, termasuk penjagaan paliatif dan perancangan harta, kata beberapa pakar penjagaan kesihatan dan kewangan kepada Berita Harian.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Barakah Capital Planners, Encik Suhaimi Salleh, menganggarkan bilangan yang membuat wasiat meningkat sekurang-kurangnya 20 peratus hingga 30 peratus berbanding sedekad yang lalu.



"Masyarakat Melayu/Islam tidak menganggap perbincangan mengenai kematian satu perkara yang tabu.



"Kami boleh berbincang dengan pelanggan kami dengan terus terang mengenai waris faraid mereka, bahagian yang akan mereka dapat dan sebagainya tanpa perlu beralas.



"Pendirian ini mungkin bersebab daripada pegangan agama kami," ujar Encik Suhaimi.



Ketua Jabatan dan Konsultan Kanan Jagaan Sokongan dan Paliatif di Hospital Besar Ng Teng Fong, Dr Norhisham Main, berkata pendidikan awam telah meningkatkan kesedaran dan keterbukaan menerima penjagaan paliatif.



"Penjagaan paliatif sebelum ini disalah fahami tetapi menerusi kempen awam, ia dilihat sebagai dibolehkan dan membantu pesakit.



"Terdapat lebih ramai keluarga yang meminta sokongan daripada penjagaan paliatif daripada sebelumnya. Ini disebabkan pendidikan awam dan tersedianya maklumat di Internet," ujar Dr Norhisham, yang berpengalaman lebih sedekad sebagai pakar dalam bidang tersebut.



Penjagaan paliatif bertujuan mengurangkan penderitaan dan meningkatkan mutu kehidupan individu yang menghadapi penyakit berat dan terminal.



Dalam seminar kerja tahunannya pada Jun lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) membentangkan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan paliatif, serta meningkatkan kapasiti serta sokongan untuk penjaga di rumah.



Sedang lebih ramai yang sedar tentang penjagaan paliatif, masih terdapat keprihatinan dan tanggapan salah mengenainya, antaranya bahawa pesakit, keluarga dan doktor telah 'berputus asa'.



Pekerja sosial perubatan dari Hospital Masyarakat SingHealth (SCH), Cik Sandy Koh berkata: "Ramai pesakit dan penjaga prihatin bahawa dengan penjagaan paliatif, pesakit itu tidak lagi menerima apa-apa rawatan.



"Sebaliknya, di wad penjagaan paliatif di SCH, kesakitan dan gejala lain yang dialami pesakit disemak oleh pasukan penjagaan kami."



Laporan lain






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >