Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ SOKONGAN KELUARGA $560 JUTA

KidSTART akan dipertingkat bantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



SOKONGAN tambahan akan diberikan kepada keluarga berpendapat rendah yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.



Ini sedang pemerintah merancang mahu terus melabur dengan memberi kanak-kanak permulaan terbaik dalam kehidupan mereka.



Menerangkan rancangan yang akan dilaksanakan bermula tahun ini, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah akan menumpukan perhatiannya terhadap tiga bidang.



Ini termasuk mempertingkatkan Skim Permulaan Baru Memiliki Rumah bagi menyokong keluarga berpendapat rendah yang kini tinggal di flat sewa dan sebelum ini pernah memiliki rumah untuk cuba mendapatkan rumah sendiri buat kali kedua.



Encik Wong turut mengumumkan bahawa pemerintah akan mempertingkatkan program KidSTART ke seluruh negara selain meluaskan lagi jangkauan Rangkaian Masyarakat Uplift agar dapat menyokong lebih ramai pelajar dari keluarga yang kurang bernasib baik.



Di samping itu, keluarga yang menetap di rumah sewa dan mempunyai anak-anak kecil, juga boleh memanfaatkan bantuan ComLink yang akan diperluaskan lagi. Bantuan ini menyatukan rakan sektor masyarakat, swasta dan awam.



"Pemerintah kekal komited memastikan semua rakyat Singapura mempunyai peluang melakukan yang terbaik untuk diri mereka sendiri, tidak kira latar belakang atau titik permulaan mereka," ujar Encik Wong.



Meskipun Singapura kini banyak melakukan banyak pendekatan awal untuk menyediakan sokongan tambahan bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, namun masih terdapat mereka yang ketinggalan dalam sistem pendidikan di sini disebabkan keadaan sukar yang dihadapi di rumah.



Encik Wong berpendapat bahawa campur tangan awal dalam tahun pembentukan mereka boleh membuat perubahan besar dalam kehidupan mereka.



Justeru beliau berkata antara "intervensi penting adalah untuk menyediakan kanak-kanak ini dengan persekitaran hidup yang lebih sesuai untuk membesar".



Dengan Skim Permulaan Baru Memiliki Rumah yang dipertingkat, Encik Wong menambah ia dapat menyokong keluarga berpendapatan rendah ini dengan lebih baik dalam perjalanan mereka ke arah pemilikan rumah.



Encik Wong berkata satu lagi intervensi yang berkesan ialah program KidSTART, yang memanfaatkan rangkaian rakan kongsi masyarakat untuk menyediakan sokongan awal untuk keluarga dengan anak kecil yang layak.



Menurutnya, program ini kini berada di landasan untuk menyokong sekitar 5,000 kanak-kanak menjelang 2023.



"Selepas itu, kami akan meningkatkan secara progresif di seluruh negara untuk menyokong lebih ramai keluarga yang layak," katanya.



Bermula tahun ini, program Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift) juga akan diluaskan menjadi Rangkaian Masyarakat Uplift Seluruh Negara.



Ini selepas program rintis Masyarakat Uplift berjaya menunjukkan hasil yang positif, dengan kehadiran ke sekolah kian bertambah baik bagi ramai pelajar yang ditempatkan dalam program ini, jelas Encik Wong.



Rangkaian tersebut akan diperkenal secara bertahap, bermula dengan lapan lagi estet kejiranan - Bedok, Chua Chu Kang, Geylang Serai, Jalan Besar, Punggol, Sengkang, Toa Payoh dan Yishun - dengan banyak lagi bakal diperkenalkan di masa hadapan.



Terdapat juga keperluan menangani isu asas yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah di samping menyokong mereka dalam mengambil langkah untuk mencapai perubahan yang mampan dalam kehidupan mereka.



Menerusi bantuan ComLink yang dipertingkat, sokongan khusus akan diberikan kepada keluarga yang menetap di rumah sewa dan mempunyai anak kecil.



Antara lain, pendamping atau 'befriender' yang terlatih akan menyokong mereka ke arah mencapai rancangan tindakan mereka.



"Pendamping ini akan menjadi jambatan antara rakan kongsi masyarakat dan agensi pemerintah yang lain supaya keluarga ini dapat menerima sokongan holistik dan yang tepat pada masanya," ujar Encik Wong lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >