BAHAS BELANJAWAN 2016:KEMENTERIAN KESIHATAN
Kim Yong: Pendekatan tangani isu penuaan, kesihatan perlu diubah
Apr 14, 2016 | 05:30 AM
TIGA anjakan paradigma (paradigm shift) diperlukan dalam pendekatan Singapura terhadap isu penuaan dan kesihatan, menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semasa perbahasan mengenai kementeriannya semalam.
Ini termasuk membawa khidmat penjagaan kesihatan ke luar hospital; berpindah daripada mutu kepada nilai; dan daripada penjagaan kesihatan kepada kesihatan.