Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian batal semua sesi temu warga, beri tumpuan agih risalah kempen

Aug 28, 2023 | 06:50 PM



Calon presiden Encik Tan Kin Lian membatalkan semua sesi temu warga yang telah dijadualkan sebelum ini dengan baki tiga hari lagi sebelum tempoh berkempen tamat pada Hari Bertenang, Khamis.

Kini, tumpuan pasukan Encik Tan diarahkan kepada usaha mengagihkan risalah kempennya.

Mantan ketua eksekutif NTUC Income itu memberitahu pihak media sebelum ini beliau akan membuat kunjungan ke Pusat Makanan Boon Lay pada Isnin dan Pusat Makanan Ayer Rajah pada Selasa.

Namun, pasukan Encik Tan telah memberitahu wartawan melalui kumpulan WhatsApp bahawa tiada kunjungan, sesi temu mesra mahupun temu ramah bersama Encik Tan bakal diadakan pada Isnin hingga Rabu.

Pasukan Encik Tan berkata mereka akan memberitahu wartawan jika sebarang rancangan baru ditetapkan.

Dalam kumpulan WhatsApp berasingan, penyokong dan sukarelawan telah diminta mengagihkan risalah dan “poster kecil” sekitar Singapura mulai Isnin hingga Rabu.

Sukarelawan diminta mengagihkan bahan kempen tersebut di kedai-kedai, gerai di pasar dan pelanggan, dan memasukkan baki bahan tersebut di peti surat.

Sebelum ini, Encik Tan, 75 tahun, telah mengadakan kunjungan dan sesi temu mesra setiap hari selepas Hari Penamaan Calon pada 22 Ogos, kecuali pada 26 Ogos, dengan beliau menghadiri satu acara di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Semasa membuat lawatan ke Pusat Makanan People’s Park pada Ahad, Encik Tan disertai pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, dan pencadangnya, Encik Tan Jee Say yang sebelum ini pernah menyertai Parti Demokratik Singapura (SDP) dan kemudian menubuhkan Parti Singaporeans First (SingFirst atau Warga Diutamakan).

Ketiga-tiga mereka pernah bersaing dalam Pilihan Raya Presiden pada 2011 yang dimenangi Dr Tony Tan.

Dr Tan Cheng Bock telah membuat pengumuman rasmi pada Ahad bahawa beliau menyokong kempen Encik Tan untuk Pilihan Raya Presiden 2023, menambah bahawa ini dilakukan secara individu dan beliau “tidak melibatkan diri sebagai ahli politik bagi pilihan raya kali ini”.

Dua calon presiden lain – mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, dan mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam – juga telah mengadakan kegiatan kempen mereka setiap hari sejak Hari Penamaan Calon.

Tiga calon tersebut menjawab soalan dalam forum Pilihan Raya Presiden yang disiar secara langsung di CNA pada Isnin, 9 malam.

Mereka juga akan menyampaikan mesej kempen mereka dalam siaran calon presiden kedua pada Rabu.

Lebih 2.7 juta warga Singapura akan keluar mengundi pada Jumaat bagi menentukan Presiden Singapura kesembilan.

Ini merupakan Pilihan Raya Presiden pertama yang dipertandingkan sejak 2011. – SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >