Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kin Lian tarik balik dakwaan jadi sasaran kempen fitnah

Aug 23, 2023 | 06:52 PM



Calon presiden, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, menarik balik dakwaan bahawa beliau telah menjadi sasaran kempen fitnah.

Pada pagi Selasa, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di laman webnya dan di Facebook yang mengatakan bahawa kritikan terhadap beliau yang dianggap sebagai memperalatkan wanita dalam beberapa catatan Facebook adalah suatu usaha bersepadu oleh kumpulan penyerang “daripada parti politik yang menyokong pesaing terbesar saya”.

Menurut laporan The Straits Times, kenyataan itu kemudiannya diubah untuk menghapuskan dakwaan tersebut, serta kenyataannya bahawa “pesaing utamanya... tidak layak menjadi Presiden Singapura” jika pesaing tersebut terbabit dalam kempen fitnah itu.


Encik Tan tidak menyatakan siapa yang beliau maksudkan. Sekitar pagi Rabu, kenyataan itu tidak lagi ditemui di laman web Encik Tan.

Turut tidak ditemui ialah catatan Facebook yang dibuatnya pada Selasa yang mengatakan beliau menolak “dakwaan dan sindiran” yang dibuat oleh Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) dan badan tersebut telah “hilang penghormatan ramai orang, termasuk saya , kerana terlibat dalam politik tidak bermoral”.

Aware telah mempersoalkan sama ada pengeluaran Sijil Kelayakan untuknya bertanding dalam pilihan raya itu adalah kelulusan tersirat terhadap tingkah laku yang memperalatkan wanita.

Semasa lawatannya ke Pusat Penjaja ABC Brickworks pada Rabu, Encik Tan ditanya tentang pautan yang dipadamnya, tetapi beliau enggan memberi komen. Sebaliknya, beliau bercakap mengenai apa yang beliau percayai sebagai kuasa lembut, atau ‘soft power’, pejabat Presiden, yang beliau samakan dengan pemerintahan beraja di negara lain.

Di negara yang mempunyai raja, permaisuri, atau sultan, peranan raja adalah untuk menyampaikan “perasaan dan aspirasi” rakyat jelata kepada perdana menteri, katanya.

Encik Tan berkata bahawa di Singapura, presiden dipilih mengikut mandat popular “tetapi selepas dipilih, saya perlu melakukan tugas yang serupa, saya fikir, seorang raja”.

Beliau menambah: “Saya mungkin bukan raja, tetapi jika saya dipilih oleh sejuta orang, (yang) majoriti dalam pilihan raya ini, saya akan memainkan peranan itu, dan itulah peranan seorang raja.”

Bekas ketua pegawai eksekutif NTUC Income itu juga menangani komen “seorang profesor undang-undang dari universiti” bahawa beliau sedang mengejar sebuah jawatan yang tidak wujud.

Walaupun Encik Tan tidak menyatakan siapa yang beliau maksudkan, Profesor Madya Eugene Tan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sebelum ini telah memberitahu The Straits Times bahawa pengundi mesti jelas mengundi calon yang kempennya mencerminkan dengan setia peranan dan kuasa presiden, dan bukannya “bagi jawatan yang tidak wujud di bawah Perlembagaan”.


Encik Tan berkata beliau jelas bertanding untuk jawatan presiden; bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) telah mengeluarkan Sijil Kelayakan kepadanya; bahawa beliau telah mengemukakan pencalonan sebagai calon untuk pilihan raya dan bahawa pencalonannya telah diterima oleh pegawai pengurus pilihan raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >