Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MANGSA NAHAS MOTOSIKAL

Kini boleh gerak mata, tanda tahap kesedaran Nuruljannah lebih baik

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



SEJAK beliau mengalami kecederaan serius, termasuk kecederaan trauma pada otaknya, selepas ditimpa satu nahas motosikal tiga tahun lalu, Cik Nuruljannah Mohammad Razib telah mencapai beberapa peningkatan.



Menurut ibunya, Cik Anisah Salim, 53 tahun, anak kedua daripada tiga beradik itu kini boleh berdiri dengan bantuan hingga 10 minit berbanding hanya dua minit sebelum ini.



Tambahnya, Cik Nuruljannah juga boleh memberi tumpuan lebih baik dengan matanya kini berbanding selepas kemalangan pada 11 Februari 2019 itu apabila motosikal yang diboncengnya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Bartley Road East.



"Kalau dia melihat ke depan dan ada orang yang datang dari tepinya, dia boleh menggerakkan matanya untuk melihat dari tepi.



"Menurut doktor, ini salah satu tanda yang menunjukkan bahawa tahap kesedarannya lebih baik. Kami berharap ini akan berterusan," ujar beliau.



Menurut bapa Cik Nuruljannah, Encik Mohammad Razib Samsudin, 53 tahun, kadar denyut jantung anaknya itu juga kini lebih baik dan pada kadar normal.



Peningkatan yang dialami gadis berusia 25 tahun itu antara lain hasil sokongan kukuh, jagaan rapi dan kasih sayang orang tuanya yang tidak putus-putus berusaha membantu proses pemulihannya dan mendoakan beliau.



Kasih sayang Encik Razib dan Cik Anisah kepada Cik Nuruljannah jelas dirasakan semasa Berita Harian (BH) mewawancara mereka di flat lima bilik keluarga itu di Pasir Ris, semalam.



Bercakap tentang anak mereka yang aktif dan minat dengan muzik sebelum nahas itu, Encik Razib tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila isterinya memainkan rakaman lagu Secrets oleh One Republic yang dimainkan Cik Nuruljannah dengan piano pada 2013.



Malah, pelbagai pengorbanan telah dibuat mereka.



Selepas Cik Nuruljannah ditimpa kemalangan itu, ibu bapanya perlu membuat pelbagai penyesuaian untuk menjaga puteri mereka itu.



Cik Anisah yang merupakan seorang guru sekolah rendah juga meminta untuk dikurangkan tugasannya, yang bermakna beliau bekerja dari 6.30 pagi hingga 2.30 petang sahaja setiap hari. Ini juga bermakna pendapatannya dikurangkan.



Perniagaan Encik Razib, yang juga pemilik studio kraf kulit BE: Leather Lab, turut terjejas.



Ini kerana beliau tidak dapat mengambil sebarang kontrak korporat atau mengendalikan bengkel dek perlu menghabiskan banyak masa menjaga Cik Nuruljannah.



Sebaliknya, beliau kini mengendalikan studio dari rumah dan mengambil tempahan dalam bilangan lebih kecil berbanding sebelum ini.



Selain perbelanjaan keperluan harian Cik Nuruljannah termasuk lampin, susu dan ubatnya yang mencapai sekitar $4,000 sebulan, ibu bapanya juga telah membelanjakan kira-kira $14,000 bagi peralatan pemulihannya di rumah, tidak termasuk kos penyenggaraannya.



Encik Razib dan Cik Anisah turut mendapatkan khidmat penjaga yang terlatih dalam bidang kejururawatan, Cik Robian, serta pembantu rumah, Cik Para Moe, dan ini memakan belanja sekitar $3,000 sebulan.



Pada 5 Ogos lalu, jumlah pampasan yang ditentukan bagi Cik Nuruljannah dalam tuntutan kecuaian oleh ibu bapanya terhadap dua penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu ialah $3.8 juta.



Cik Nuruljannah, menerusi ibu bapanya, diwakili peguam, Cik Jamie Neo, dan Encik Michael Han, daripada Hoh Law Corporation.



Sememangnya, tugas menjaga dan merawat Cik Nuruljannah memerlukan perhatian rapat 24 jam sehari kerana kecuaian buat seketika pun boleh membawa padah.



Menyingkap satu detik cemas yang dialami keluarga itu Mac lalu, Cik Anisah yang selalunya bangun pada 3 pagi untuk memeriksa anaknya berkata beliau tidak bangun pada malam itu kerana terlalu penat.



Apabila Cik Robian bangun pada 5 pagi, beliau mendapati bahawa Cik Nuruljannah sedang mengalami sawan yang lama.



Cik Anisah berkata mereka terus membawa anaknya ke hospital dan Cik Nuruljannah mengalami pneumonia akibat cecair yang memasuki paru-parunya.



"Serangan sawan ini boleh berlaku pada bila-bila masa, kami tidak tahu bila.



"Sebab itulah anak kami perlukan jagaan sepanjang masa," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >