Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN: MANFAAT BAGI PEKERJA

Kini kerja secara sambilan, alu-alu inisiatif bagi sokong pekerja lanjut usia

Feb 23, 2020 | 05:30 AM



MENCARI pekerjaan baru apabila usia mula mencecah 50-an tahun tidak begitu mudah, dengan individu mungkin perlu berdepan dengan pelbagai cabaran.



Perkara ini pernah dilalui sendiri Cik Noorjahan Kamaruddin, 59 tahun, yang menceritakan bahawa dalam sekitar 100 permohonan kerja yang dihantar untuk mendapatkan pekerjaan dahulu, beliau hanya menerima satu atau dua panggilan saja.



"Usia memang satu cabaran. Jika ia bidang khusus seperti pendidikan dan latihan di mana individu itu punya kelayakan dan pengalaman mendalam, mereka akan mahukan anda.



"Tetapi, jika ia pekerjaan umum di mana tiada kelayakan dan pengalaman diperlukan, seperti sektor makanan dan minuman (F&B), dan mereka lihat umur anda sudah melebihi 50-an tahun, mereka tidak akan pertimbangkan anda sebagai calon," kata beliau.



Oleh itu, apabila pemerintah mengumumkan bahawa lebih banyak sokongan akan disediakan buat pekerja lanjut usia dalam Belanjawan baru-baru ini, Cik Noorjahan berasa amat bersyukur.



Antaranya, pemerintah akan menyediakan pembiayaan gaji kepada majikan yang mengambil bekerja rakyat Singapura berusia 55 tahun dan ke atas di bawah Kredit Pekerjaan Warga Emas.



Satu Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan juga akan diperkenalkan untuk menyokong majikan yang menawarkan pengambilan bekerja semula sambilan kepada pekerja lanjut usia yang layak dan memohon bagi aturan kerja sedemikian.



"Dengan pemerintah menyediakan pelbagai inisiatif ini, saya rasa ramai yang akan lebih terbuka mengambil bekerja pekerja lanjut usia yang mempunyai banyak pengalaman," kata beliau.



Cik Noorjahan bersara awal pada usia 46 tahun daripada sebuah agensi pelancongan, namun terus kekal aktif melakukan pekerjaan bebas dan kerja sukarelawan di beberapa pertubuhan.



Kini, beliau bekerja secara sambilan sebagai dosen/pegawai perkhidmatan pelanggan dalam sektor pelancongan.



Beliau juga kerap berkhidmat sebagai jurulatih relawan bersama RSVP Singapore - sebuah badan tidak meraih keuntungan yang menawarkan program dan latihan untuk warga emas.



Di situ, beliau menjalankan kursus buat golongan warga emas dalam kemahiran peribadi dan kemahiran teknologi.



"Contohnya, saya ajar mereka tentang kecerdasan emosi (EQ) dan juga bagaimana gunakan aplikasi dalam telefon bimbit mereka.



"Jika mereka mahu berjalan-jalan, mereka boleh gunakan aplikasi Grab, bus@sg, Google Map dan sebagainya," kata beliau, yang memiliki Sijil Lanjutan dalam Latihan dan Penilaian (Acta) WSQ.



Cik Noorjahan juga gembira beliau bakal menerima tokokan SkillsFuture sebanyak $1,000 secara keseluruhan.



Sebelum ini, beliau telah menggunakan hampir semua kredit $500 untuk membayar kursus diploma pendidikan berterusan dan dewasa.



Mengongsi rancangannya, Cik Noorjahan ingin memanfaatkan tokokan kredit itu untuk menyertai kursus memasak dan menjahit.



Menurutnya, adalah penting bagi individu lanjut usia terus mempertingkat kemahiran dan meraih ilmu baru, terutamanya dalam dunia digital hari ini.



"Selagi hayat dikandung badan, kita tidak boleh berhenti belajar. Jika tidak, kita akan ketinggalan ke belakang, lebih-lebih lagi dalam era digital ini.



"Contohnya, hari ini banyak benda boleh dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Kita ada PayNow, kita boleh gunakan kod QR untuk bayar makanan di kedai kopi. Kalau kita tidak belajar tentang maklumat teknologi, kita akan ketinggalan," kata beliau.




Dengan pemerintah menyediakan pelbagai inisiatif ini, saya rasa ramai yang akan lebih terbuka mengambil bekerja pekerja lanjut usia yang mempunyai banyak pengalaman... Selagi hayat dikandung badan, kita tidak boleh berhenti belajar. Jika tidak, kita akan ketinggalan ke belakang, lebih-lebih lagi dalam era digital ini. Contohnya, hari ini banyak benda boleh dibayar tanpa menggunakan wang tunai. Kita ada PayNow, kita boleh gunakan kod QR untuk bayar makanan di kedai kopi. Kalau kita tidak belajar tentang maklumat teknologi, kita akan ketinggalan.
- Cik Noorjahan Kamaruddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >