Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kiriman media sosial palsu disebar lagi: Shanmugam akan buat laporan polis

Aug 16, 2023 | 06:12 PM



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, akan membuat laporan polis berhubung berita palsu mengenainya yang sedang diedar semula.

Berita palsu yang diterbitkan di media sosial itu menyatakan Encik Shanmugam mengadakan hubungan sulit dengan seorang Anggota Parlimen (AP).

Encik Shanmugam, dalam satu kiriman Facebook pada Selasa mendakwa catatan asal ditulis seseorang yang menyamar sebagai bekas isterinya, Cik Jothie, dan ia telah diedar beberapa tahun lalu.

Namun, beliau tidak membuat laporan polis kerana perkara itu sudah reda. Namun, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kini kerana ia sedang diedar lagi secara sengaja.

“Seseorang yang menyamar sebagai bekas isteri saya, Jothie telah membuat satu catatan jahat, dan palsu bertahun lamanya dulu.

“Jothie tidak menulisnya dan telah memberitahu saya bahawa beliau tidak menulisnya.

“Ia seseorang yang menyamar, yang membuat dakwaan tersebut.

“Saya lihat bahawa ada yang menyebarkan semula catatan tersebut. Kali ini saya akan buat laporan polis.

Dalam satu catatan berasingan di Facebook pada hari yang sama, Encik Shanmugam berkata beliau telah meminta peguamnya untuk meneliti perkara tersebut dan sedang mempertimbangkan pilihan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >