Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit alat urus risiko tambahan untuk badan amal dibangunkan

Nov 21, 2023 | 06:51 PM



Satu Kit Alat Pengurusan Risiko Tambahan untuk badan amal bagi menambah baik amalan pengurusan risiko telah dibangunkan oleh Majlis Amal, KPMG dan Institut Teknologi Singapura (SIT).

Pembangunan kit alat itu diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, semasa Persidangan Tadbir Urus Amal di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore pada Selasa.

Kit alat itu, yang merupakan tambahan kepada Kit Alat Pengurusan Risiko yang kali pertama dibangunkan pada 2016, dibangunkan menyusuli tinjauan yang dijalankan awal 2023.

Menurut Encik Tong, dapatan tinjauan menunjukkan peningkatan ketara dalam sektor amal pada 2023, namun kebanyakan badan amal “masih mewujudkan asas program pengurusan risiko yang mampan dan memerlukan lebih banyak bimbingan”.

Beliau juga berkongsi bahawa dapatan tinjauan tersebut mendedahkan badan amal prihatin dengan dua jenis risiko baru – alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), serta iklim.

“Disebabkan cabaran daripada pandemik Covid-19, ketidaktentuan ekonomi dan konflik geopolitik, badan amal menghadapi risiko lebih mencabar yang memerlukan strategi pengurusan risiko yang berkesan.

“Badan amal yang sanggup mengambil risiko dan berinovasi lazimnya mempunyai kedudukan lebih baik untuk menangani isu sosial dan memberi impak positif. Namun, adalah penting bagi mereka mengurus risiko dengan berkesan.

“Pengurusan risiko memberi kuasa kepada badan amal untuk mengenal pasti, menilai dan mengurangkan potensi risiko secara proaktif yang boleh memberi kesan kepada operasi, reputasi dan prestasi kewangan mereka,” jelas Encik Tong.

Beliau menambah bahawa Kit Alat Pengurusan Risiko Tambahan secara khusus melihat pada pelajaran yang diambil daripada pandemik Covid-19, risiko baru, serta pengurusan kesinambungan perniagaan.

Badan amal akan dimaklumkan mengenai pengeluaran Kit Alat Pengurusan Risiko Tambahan sebaik sahaja ia tersedia.

Di samping itu, Encik Tong juga mengumumkan Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) akan membuat perubahan kepada Panduan Peraturan Pemberi Geran bagi memastikan rangka kerja kawal selia kekal relevan dan berkesan.

Perubahan itu bertujuan memberi ketelusan lebih besar kepada pemberi geran dalam tiga bidang utama – peruntukan yang dibenarkan antara pemberian geran tempatan dan luar negara; pengendalian kegiatan bukan pemberian geran; dan pengeluaran dibuat melalui peralatan bukan geran.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Selasa, pemberi geran biasanya entiti bukan mencari untung seperti yayasan swasta dan yayasan masyarakat yang hanya memberikan wang geran untuk tujuan amal tertentu.

Perubahan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024, ialah sebahagian daripada usaha Singapura menjadi hab dermawan terkemuka serantau, dengan menarik pendermaan tempatan dan antarabangsa.

Butiran lanjut mengenai perubahan tersebut telah dimasukkan ke Portal Amal di www.charities.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >