Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Kit ujian air liur bantu pegawai CNB buat penilaian pantas

BERITA HARIAN telah mengikuti satu operasi antidadah oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di dua pusat hiburan malam di kawasan bandar baru-baru ini. Dalam operasi sekitar tiga jam itu, kit ujian air liur - yang diperkenalkan pada Januari di pusat pemeriksaan imigresen dan semasa operasi sekatan blok di jalan raya - digunakan buat kali pertama semasa operasi antidadah itu. Keputusan ujian diketahui dalam tempoh 10 minit semasa operasi
Apr 07, 2023 | 05:30 AM



KIT ujian air liur baru untuk saringan dadah, yang boleh menghasilkan keputusan dalam masa sekitar 10 minit, telah digunakan buat pertama kali dalam operasi penguatkuasaan yang dipimpin Biro Narkotik Pusat (CNB) dari malam 31 Mac hingga awal pagi 1 April.



Sebelum ini, kit ujian air liur tersebut hanya digunakan di pusat pemeriksaan imigresen dan sekatan jalan raya sejak Januari untuk mencegah warga Singapura dan penduduk tetap (PR) daripada menyalah guna dadah di luar negara.



Operasi itu, melibatkan dua pusat hiburan malam - sebuah KTV di Orchard Road dan satu kelab malam berhampiran Jalan Sultan, adalah sebahagian usaha berterusan CNB untuk membanteras aktiviti dadah, kata Pegawai Pemerintah Bahagian Penguatkuasaan 'G', Superintendan Lim Sze Yuk.



"Kit ujian air liur telah diperkenalkan ke dalam set peralatan CNB untuk membantu meningkatkan kapasiti ujian semasa operasi antidadah kami.



"Pegawai kami kini boleh memilih untuk menggunakan kit ujian air liur di tempat kejadian sebagai tambahan pada faktor lain sebelum memutuskan untuk menahan seseorang.



"Kit ujian air liur ini mudah dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan, dan telah membantu pegawai membuat penilaian lebih pantas semasa operasi, sekali gus membolehkan kami meningkatkan kadar ujian," kata Superintendan Lim.



Operasi itu, yang difahami antara operasi antidadah terbesar CNB sejak wabak Covid-19 melanda turut melibatkan pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Ia bertujuan membanteras kegiatan haram, termasuk kesalahan dadah, jenayah dan pelanggaran keselamatan.



Sekitar 240 orang di dua pusat hiburan malam tersebut telah diperiksa semasa operasi itu dan beberapa daripada mereka telah diuji dengan kit ujian air liur kerana disyaki menggunakan dadah.



Seorang lelaki warga Singapura berusia 43 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.



Seorang lagi lelaki, 31 tahun, ditahan kerana disyaki anggota kongsi gelap.



Siasatan terhadap aktiviti dadah kedua-dua suspek yang ditahan sedang dijalankan.



Orang ramai yang ingin melaporkan aktiviti berkaitan dadah boleh menyerahkannya kepada CNB di https://www.eservices.cnb.gov.sg/feedback, atau menghubungi talian CNB di 1800-325-6666.




"Kit ujian air liur ini mudah dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan, dan telah membantu pegawai membuat penilaian lebih pantas semasa operasi, sekali gus membolehkan kami meningkatkan kadar ujian."
- Superintendan Lim Sze Yuk, Pegawai Pemerintah Bahagian Penguatkuasaan 'G'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >