Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kit ujian pantas antigen percuma di Teban Gardens, Bedok

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



KIT ujian-sendiri ujian pantas antigen (ART) Covid-19 akan diagihkan kepada mereka yang mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Teban Gardens dan 216 Pusat Makanan dan Pasar Bedok.



Ia akan diagihkan sehingga Khamis di Pusat Jawatankuasa Penduduk di kedua lokasi tersebut.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), ini merupakan langkah tambahan untuk mengesan kes baru serta mengekang penularan virus Covid-19.



Bagi mereka yang layak mengambil kit tersebut, MOH berkata mereka digalak mengambil dan melakukan ujian itu sendiri.



Individu yang sudah mengumpul kit ujian-sendiri ujian pantas antigen (ART) antara 20 hingga 27 Julai 2021, tidak layak mengumpul kit tersebut.



Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan kit tersebut, layari https://www.gowhere.gov.sg/art.



Dalam kemas kini ujian berasingan kelmarin, MOH berkata mereka telah mengakhiri ujian Covid-19 di empat blok Lembaga Perumahan di Sims Avenue pada 24 Julai.



Menurut laporan The Straits Times, blok-blok tersebut adalah blok 842, 844, 846 dan 848, yang terletak berhampiran Pasar Geylang Serai.



Semua 1,126 individu diuji negatif.



Ujian wajib Covid-19 dijalankan selepas serpihan virus dikesan dalam sampel air sisa yang dikumpulkan dari blok-blok itu.



Agensi itu sebelum ini menyatakan ia sedang menyiasat kemungkinan penularan Covid-19 di blok tersebut.



Penduduk, pengunjung dan mereka yang telah berinteraksi dengan penduduk serta pemilik dan kakitangan unit komersial di blok tersebut telah diuji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >