MENTERI Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara), Dr Koh Poh Koon, telah menghadiri satu majlis iftar di Kelab Masyarakat Yio Chu Kang semalam.
Majlis iftar yang dianjurkan oleh Masjid Al-Muttaqin dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Yio Chu Kang itu telah dihadiri oleh sekitar 200 tetamu termasuk pegawai masjid tersebut dan juga aktivis dari MAEC.