Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kok Song prihatin kesan ‘manipulasi’ pemimpin parti pembangkang terhadap Kin Lian

Aug 28, 2023 | 03:19 PM



Sokongan pemimpin parti pembangkang terhadap calon Presiden, Encik Tan Kin Lian, menimbulkan keprihatinan akan kesan “manipulasi” pemimpin tersebut terhadap tindakannya, kata Encik Ng Kok Song.

Justeru, Encik Tan tidak seharusnya mengakui dirinya calon bebas sedang beliau “bergantung pada sokongan pemimpin parti pembangkang”, kata Encik Ng semasa ditemui pihak media di Pusat Makanan Ayer Rajah pada pagi Isnin.

Komen Encik Ng itu dibuat sehari selepas pengumuman rasmi Pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP), Dr Tan Cheng Bock, yang menyuarakan sokongan kepada kempen Encik Tan bagi Pilihan Raya Presiden 2023.

“Mana mungkin beliau mengakui dirinya calon bebas, sedangkan beliau bergantung pada sokongan pemimpin parti pembangkang?

“(Timbul) bahaya beliau akan dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang tersebut.

“Beliau turut membuat kenyataan, sesiapa yang menyokongnya mungkin dilantik sebagai penasihat CPA (Majlis Penasihat Presiden), bukankah ini dikira rasuah?” kata Encik Ng.

Memberi penjelasan mengenai kenyataan itu, Encik Ng berkata beliau tidak mengaitkan sebarang niat jenayah terhadap tindakan Encik Tan, namun ingin menunjukkan bagaimana tindakan sedemikian boleh dilihat sebagai penyelewengan moral CPA.

CPA memberikan nasihat kepada Presiden berkaitan kuasa penjagaannya. Daripada lapan anggotanya, tiga anggota dipilih Presiden, tiga lagi dilantik oleh Perdana Menteri, manakala lagi dua anggota dilantik ketua hakim negara dan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Menurut Encik Ng, anggota CPA harus terdiri daripada individu yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan boleh dipercayai untuk memberikan nasihat kepada Presiden.

“Tapi jika mereka (anggota CPA) terhutang budi kepada Presiden, bagaimana untuk bertindak berdasarkan kepentingan warga Singapura?” kata Encik Ng.

Encik Tan sebelum ini menyatakan dua pemimpin parti pembangkang – Dr Tan dan Encik Tan Jee Say – yang telah menyuarakan sokongan mereka kepada kempennya, merupakan calon anggota CPA yang sesuai.

Encik Ng menuduh Encik Tan mempersendakan jawatan Presiden dengan tindakannya meraih sokongan pemimpin parti pembangkang dan menekankan bahawa parti politik seharusnya menantikan tempoh pilihan raya umum – yang dijadualkan pada November 2025 – untuk mengetengahkan agenda politik mereka.

“Apa yang berlaku semalam (Ahad) telah mengubah Pilihan Raya Presiden ini kepada Pilihan Raya Umum, ini sangat salah.

“Mengapa parti politik yang terlibat tidak boleh menunggu dua tahun lagi bagi Pilihan Raya Umum seterusnya? Ini perbuatan yang mengelirukan rakyat Singapura,” katanya, yang menemui beberapa pengunjung dan penjaja di pusat makanan tersebut semasa lawatannya.

Mantan ketua pegawai pelaburan GIC berusia 75 tahun itu turut menekankan bahawa tindakan Encik Tan juga menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati jawatan Presiden dan mencampuradukkannya dengan politik tidak bermaruah atau gutter politics.


Mengulas lanjut, Encik Ng berkata Pilihan Raya Presiden tidak akan bercampur dengan agenda politik jika ia dilakukan secara non-partisan atau dengan kata lain calonnya tidak disokong parti politik.


“Dalam Pilihan Raya Presiden ini, salah seorang calon disokong parti pembangkang, manakala seorang lagi disokong pemerintah. Saya satu-satunya calon yang tidak disokong mana-mana parti,” ujarnya.


Beliau berkata tiba masanya untuk Presiden Singapura yang tidak berpihak kepada mana-mana parti untuk dipilih, supaya sistem pentadbiran Singapura boleh “bertambah matang”.


Encik Ng berkata: “Jika kita tidak melakukan demikian pada Pilihan Raya Presiden kali ini, kita mungkin terperangkap (dalam keadaan ini) di mana setiap kali berlakunya Pilihan Raya Presiden, ia akan dianggap sebagai proksi kepada Pilihan Raya Umum.


“Kita perlu hentikan keadaan ini. Warga Singapura kita tidak akan membiarkan perkara ini berterusan kerana untuk melakukan demikian bermakna ia akan menjejas jawatan Presiden.”


Encik Ng telah bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung dan juga penjaja semasa kunjungannya ke pusat makanan itu.


Dua calon presiden lain tidak mengadakan sebarang kunjungan atau sesi temu mesra pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >