Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Komitmen kadi, naib kadi bimbing mempelai dihargai

May 16, 2023 | 05:59 PM



PARA kadi dan naib kadi di sini kini menjadi penyelaras berkeyakinan yang terus memanfaatkan rangkaian kumpulan pengamal program ‘Bersamamu’, bagi silang pembelajaran demi membimbing pasangan yang baru berkahwin, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Berucap di sambutan Hari Raya bagi para kadi dan naib kadi pada Jumaat, Dr Faishal memetik kajian oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) yang mendedahkan bahawa “pasangan suami isteri Islam kita amat menyokong program Bersamamu”.

Menurutnya, ramai yang menghargai ilmu, sikap rendah diri serta komitmen para kadi dan naib kadi yang menjadi faktor utama bagi pasangan Muslim mendekatkan diri dan mendapatkan nasihat daripada yang berpengetahuan bagi selesaikan isu rumah tangga mereka.

“Saya dapat merasakan semangat yang ada pada kadi dan naib kadi dalam memikul amanah untuk membimbing pasangan-pasangan kami.

“Sukacita saya berkongsi bahawa kajian oleh MCCY dan ROMM baru-baru ini telah mendedahkan bahawa pasangan suami isteri Islam kita amat menyokong program ‘Bersamamu’.

“Ilmu, sikap rendah diri serta komitmen para kadi dan naib kadi menjadi faktor utama bagi pasangan kita mendekatkan diri dan mendapatkan nasihat daripada yang arif bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka,” katanya.

Menurut Dr Faishal, kumpulan pengamal ini dijayakan dengan sokongan padu daripada ROMM dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan agensi M³ (M Kuasa Tiga).

“Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada para pengerusi masjid yang telah menyokong pegawai-pegawai agama kanan mereka untuk terus berkhidmat sebagai Kadi dan Naib Kadi.

“Kami akan terus mengkaji dan mengukuhkan Bersamamu untuk memastikan ia kekal semasa dan relevan,” tambahnya.

Pada 2021, Dr Faishal pernah menekankan bahawa tugas kadi tidak hanya berakhir setelah selesainya akad nikah pasangan pengantin tetapi peranan mereka boleh diluaskan dalam membantu pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Oleh itu, adalah perlu bagi kadi dan naib kadi untuk terus mempertingkat kemahiran mereka agar dapat terus menyalurkan khidmat kepada masyarakat.

Dr Faishal berkata untuk terus meningkatkan kemahiran mereka, Rangka Kerja Latihan dibentuk oleh ROMM, Muis dan MSF.

Ini termasuk Latihan Laluan Umum dan Latihan Laluan Khusus bagi naib kadi yang ingin mengembangkan kecekapan mereka untuk menjadi pakar dalam masalah keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >