PARA kadi dan naib kadi di sini kini menjadi penyelaras berkeyakinan yang terus memanfaatkan rangkaian kumpulan pengamal program 'Bersamamu', bagi silang pembelajaran demi membimbing pasangan yang baru berkahwin, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Berucap di sambutan Hari Raya bagi para kadi dan naib kadi pada Jumaat, Dr Faishal memetik kajian oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) yang mendedahkan bahawa "pasangan suami isteri Islam kita amat menyokong program Bersamamu".
Menurutnya, ramai yang menghargai ilmu, sikap rendah diri serta komitmen para kadi dan naib kadi yang menjadi faktor utama bagi pasangan Muslim mendekatkan diri dan mendapatkan nasihat daripada yang berpengetahuan bagi selesaikan isu rumah tangga mereka.
"Saya dapat merasakan semangat yang ada pada kadi dan naib kadi dalam memikul amanah untuk membimbing pasangan-pasangan kami.
"Sukacita saya berkongsi bahawa kajian oleh MCCY dan ROMM baru-baru ini telah mendedahkan bahawa pasangan suami isteri Islam kita amat menyokong program 'Bersamamu'.
"Ilmu, sikap rendah diri serta komitmen para kadi dan naib kadi menjadi faktor utama bagi pasangan kita mendekatkan diri dan mendapatkan nasihat daripada yang arif bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka," katanya.
Menurut Dr Faishal, kumpulan pengamal ini dijayakan dengan sokongan padu daripada ROMM dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan agensi M³ (M Kuasa Tiga).
Tesla telah menyelesaikan beberapa rintangan kawalan pemerintah yang telah lama menghalangnya daripada melancarkan perisian pemanduan sendiri di China, membuka jalan membuahkan hasil menggalakkan
Jejantas bukan sahaja membantu pejalan kaki menyeberang jalan raya sibuk dan ekspreswe, bahkan berupaya membantu haiwan liar menyeberang jalan dengan selamat.
Biarpun Singapura dipenuhi bangunan bandar
“Sakit kepala saja.”
Menurut pakar saraf, ini adalah anggapan yang paling keliru tentang migrain bagi mereka yang menderita sakit kepala itu.
Yang pasti migrain bukan sekadar boleh reda dengan
Bagaikan kembali ke satu era hampir 40 tahun lalu, di mana sebilangan hadirin konsert baru sahaja meniti usia remaja dan berada di bangku sekolah menengah.
Sedang saya teringatkan kaset Debbie Gibson,
Isteri sering memberitahu bahawa saya terlalu melindungi anak kami yang berusia tiga tahun.
Dalam erti kata lain, menjadi ‘overprotective’. Beliau juga akan mengatakan saya terlalu “manjakan anak”.
Ini
Sepanjang hidupnya sejak disahkan menghidap penyakit ginjal seawal usia empat tahun, Cik Nur Hailikha Mohd Haer, kini 35 tahun, telah melalui kehidupan yang mencabar.
Sebahagian besar hidupnya menuntut
Di ruang yang sibuk di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), kehadiran Cik Siti Hanim Abdul Rahim @ Siti Hanim Sarjo sangat menarik perhatian mereka yang mengenalinya.
Dengan gelak tawa dan semangat
Sejak beberapa tahun lalu, setiap kali saya ke Kuala Lumpur (KL) untuk apa saja urusan – baik kerana tugas, menziarahi atau sekadar bercuti, pasti saya akan ‘terbang’ sahaja – sejak badan cepat letih
Hari Ibu 2024 jatuh pada 12 Mei dan tentunya ramai anak-anak sudah mula merancang sambutan acara bahagia itu selain mendapatkan hadiah istimewa buat ibu tersayang.
Anda tidak ada idea apakah yang
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘word’ dan ‘bussin’.
Perkataan: [wor

"Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada para pengerusi masjid yang telah menyokong pegawai-pegawai agama kanan mereka untuk terus berkhidmat sebagai Kadi dan Naib Kadi.
"Kami akan terus mengkaji dan mengukuhkan Bersamamu untuk memastikan ia kekal semasa dan relevan," tambahnya.
Pada 2021, Dr Faishal pernah menekankan bahawa tugas kadi tidak hanya berakhir setelah selesainya akad nikah pasangan pengantin tetapi peranan mereka boleh diluaskan dalam membantu pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menjalani bahtera rumah tangga.
Oleh itu, adalah perlu bagi kadi dan naib kadi untuk terus mempertingkat kemahiran mereka agar dapat terus menyalurkan khidmat kepada masyarakat.
Dr Faishal berkata untuk terus meningkatkan kemahiran mereka, Rangka Kerja Latihan dibentuk oleh ROMM, Muis dan MSF.
Ini termasuk Latihan Laluan Umum dan Latihan Laluan Khusus bagi naib kadi yang ingin mengembangkan kecekapan mereka untuk menjadi pakar dalam masalah keluarga.