Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: MENYELARAS PROGRAM M³

Komitmen, kerjasama rapat penting pastikan keberkesanan program

M3
Dec 12, 2021 | 05:30 AM



KOMITMEN serta kerjasama rapat antara agensi pemerintah, badan-badan Melayu/Islam (MMO) dan pihak berkepentingan lain penting dalam memastikan keberkesanan program yang dijalankan dalam menangani isu nasional seperti kesihatan, pekerjaan dan pendidikan yang dihadapi masyarakat.



Justeru, usaha M Kuasa Tiga (M³) dan M³@Bandar dalam memperkukuh kerjasama dan menyelaraskan usaha itu perlu dipertingkat bagi menawarkan bantuan lebih tertumpu, menurut Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman.



Berkata demikian dalam sesi wawancara sebagai melabuh tirai perkembangan masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2021, Dr Maliki menekankan peranan Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M³ (Eco) dalam menyokong dan menyelaras pelaksanaan program berbeza di bawah rangkaian itu.



Eco dilancarkan M³ - merangkumi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - bagi membuat penyelarasan di antara agensi pemerintah dan bukan pemerintah.



"Kami sedar bahawa untuk melaksanakan program-program di bawah M³@Bandar dengan berkesan, terdapat keperluan menyelaraskan usaha itu.



"Ini kerana sebahagian besar tugas yang kami lakukan memerlukan kerjasama, sebahagian besar tugas kami adalah menyelaraskan usaha itu dengan rakan kongsi berbeza dalam masyarakat," kata beliau.



Menurutnya, dengan bantuan Eco, kesemua 11 M³@Bandar boleh menumpukan kepada program di bawah Bidang Tumpuan (FA) berbeza berdasarkan profil penduduk mereka.



Memberikan contoh, Dr Maliki berkata Projek Dian@M³ yang kini dirintis di tiga kawasan - Geylang Serai, Bedok dan Jalan Besar bagi menawarkan bantuan menyeluruh bagi mendorong keluarga memiliki rumah sendiri - memaparkan betapa kompleks usaha itu dan mengapa penyelarasan kerjasama penting.



"Dalam usaha membantu satu keluarga, kerjasama pelbagai pihak berkepentingan diperlukan. Kita perlu wujudkan penyelarasan.



"Langkah pertama yang kita ambil bagi Projek Dian@M³ adalah menubuhkan jawatankuasa pemandu pelbagai agensi, yang terdiri daripada wakil agensi berbeza, termasuk daripada HDB kerana ini penting. Kami ingin mereka lihat potensi mereka memiliki rumah.



"Kami juga libatkan (Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak kerana ramai keluarga mempunyai anak kecil dan Ecda mengendalikan program KidSTART.



"Kami ingin memastikan anak-anak ini dapat bermula dengan baik," katanya menekankan pentingnya kerjasama agensi berbeza dalam mencari huraian dan menyediakan penjagaan menyeluruh atau 'wrap around care'.



Eco juga ditugaskan membangunkan tenaga relawan dan melengkapi mereka dengan kemahiran yang sesuai kerana mereka memainkan pernanan penting dalam usaha menjangkau serta mendekati pihak berkepentingan dan juga penduduk.



Ia juga akan meneliti dan memantau kemajuan program berbeza, tambah Dr Maliki.



Selaras dengan itu, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata setiap program di bawah M³@Bandar akan dipantau dan dijejak perkembangannya.



Pejabat Penilaian Program yang dilancarkan Mendaki tahun ini diharap dapat membantu menilai keberkesanan program dalam jangka masa panjang, tambah Encik Zaqy, memberikan respons terhadap pertanyaan wartawan mengenai ukuran kejayaan program-program yang dilancarkan.



"Ini akan mengubah cara kita menilai program-program pada masa depan dan ini antara satu langkah berbeza yang diperkenalkan dalam masyarakat Melayu sekarang.



"Kita boleh memanfaatkan analitik data untuk menilai bagaimana kita boleh menambah baik dan menghalusi program yang ada," kata Encik Zaqy.



Meskipun demikian, masih terlalu awal untuk melihat hasil usaha baru itu kini, ujarnya.



"Tentunya untuk menunjukkan hasil dalam tempoh setahun memang sukar. Ia perlu dipantau dalam tempoh beberapa tahun, tapi kami telah memulakannya tahun ini," katanya.




TERDAPAT KEPERLUAN SELARASKAN KERJASAMA



"Kami sedar bahawa untuk melaksanakan program-program di bawah M³@Bandar dengan berkesan, terdapat keperluan untuk menyelaraskan usaha tersebut.

Ini kerana sebahagian besar tugas yang kami lakukan memerlukan kerjasama, sebahagian besar tugas kami adalah untuk menyelaraskan usaha itu dengan rakan kongsi berbeza dalam masyarakat."

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, menekankan pentingnya penyelarasan usaha bersama agensi berbeza dalam program-program anjuran M Kuasa Tiga (M³).



ELEMEN PEMULIHAN DAN PEMBELAJARAN DALAM AKTA MENGEKALKAN KEHARMONIAN KAUM



"Ini penting kerana apabila anda tersilap melakukan atau menuturkan sesuatu yang kurang sensitif, kami faham mungkin ia kerana anda tidak memahami sensitiviti budaya atau agama.

Kami akan berikan anda peluang mempertingkat kefahaman, dan pada masa yang sama ini juga akan menyediakan peluang bagi anggota masyarakat yang lain untuk bertolak ansur."

- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), mengenai pendekatan pemerintah untuk menerapkan elemen pemulihan dan pembelajaran dalam Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum.



BELIA PEKA MENGENAI ISU KAUM DAN AGAMA



"Ini merupakan isu yang amat sensitif bagi golongan belia dan mereka lantang menyuarakan pendapat mereka.

Mereka juga banyak menyertai sesi (dialog dan perbincangan mengenai isu kaum dan agama) ini, termasuk dialog di peringkat nasional anjuran OPSG (OnePeople.sg).

Mereka faham dan amat prihatin mengenai isu-isu yang timbul dan sedar akan keperluan masyarakat untuk berubah dan berkembang."

- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), mengenai perspektif golongan belia mengenai isu berkaitan kaum dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >