Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kongsi bagaimana podcast #NoTapis BH tarik pelajar minat belajar Bahasa Melayu

May 28, 2022 | 05:30 AM



PEMBELAJARAN bahasa ibunda perlu diterapkan dengan elemen menarik, menyeronokkan dan interaktif bagi menarik minat kanak-kanak.



Demikian antara perkongsian ahli panel dalam satu perbincangan di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) semasa Pesta Bahan Cerita Kanak-Kanak Asia (AFCC) kelmarin.



Perbincangan berjudul Inisiatif Murni untuk Mempelajari Bahasa Ibunda itu melibatkan beberapa ahli panel termasuk koresponden Berita Harian, Shahida Sarhid.



Beliau telah berkongsi tentang bagaimana podcast #NoTapis kelolaan akhbar ini telah berjaya menarik penglibatan pelajar Melayu di kedua-dua sekolah rendah dan menengah.



"Para pelajar yang mengikuti bengkel podcast kami diajar bagaimana untuk menulis skrip sendiri, mengetahui sofwe suntingan audio terbaik, cara bertutur dengan baik dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan podcast sekolah sendiri.



"Secara tidak langsung, dalam usaha mereka meraih kemahiran ini, mereka akan mempelajari bahasa Melayu juga, apabila perlu menghasilkan skrip sendiri, memilih lagu genre Melayu yang sesuai untuk dijadikan 'jingle' bagi podcast mereka dan cara pertuturan Melayu yang baik," katanya.



Selain beliau, empat lagi ahli panel turut terlibat dalam perbincangan itu.



Ini termasuk pengarah Chips and Toon Pte Ltd, Encik Darran Kuah, yang kini sedang menghasilkan Fox Tales, sebuah video animasi yang menyelitkan karakter bahasa Mandarin; pemilik syarikat Chellamey Books, Cik Razmiah Banu Yacob dan Cik Usha Kumaran, yang telah menghasilkan buku kanak-kanak berbahasa Tamil serta Cik Mohini Gupta dari Britain yang telah mengumpulkan pantun berbahasa Hindi dalam bentuk digital, sesuai untuk kanak-kanak.



Cik Zubaidah Mohsen, yang bertanggungjawab bagi Khidmat Bahasa Melayu di NLB, merupakan moderator bagi sesi tersebut.



Ini merupakan edisi ke-13 AFCC berlangsung dari 26 hingga 29 Mei di Perpustakaan Negara selepas dua tahun tidak dapat melakukannya secara fizikal akibat pandemik Covid-19.



Format hibrid festival ini merangkumi lebih 70 sesi bersemuka dan dalam talian serta menampilkan lebih 100 orang penceramah tempatan dan antarabangsa.



Tiket dijual sekarang di laman web AFCC.



Selain program yang ditujukan untuk menggalakkan penghayatan terhadap budaya dan penggunaan jenaka dalam sastera kanak-kanak Melayu, pengunjung festival juga boleh menikmati program maya lain yang menampilkan penceramah antarabangsa yang terkenal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >