Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Kongsi ilmu' kemahiran digital...

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



DUTA digital Cik Nur Shahana Esha dan warga emas Cik Norjah Samdin telah menjalin persahabatan unik berdasarkan dunia digital.



Cik Norjah, 68 tahun, selalu berjumpa Cik Nur Shahana atau duta lain di Hab Masyarakat SG Digital di Kelab Masyarakat Jurong Spring untuk belajar tentang kemahiran digital baru atau bertanya soalan sekiranya beliau menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan dalam talian.



Pelbagai kemahiran telah dipelajarinya, seperti cara melungsuri laman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta cara berbelanja dalam talian. Beliau turut belajar tentang keselamatan siber dan bagaimana mengenal pasti e-mel atau panggilan telefon yang mencurigakan.



"Kemahiran digital ini penting supaya kami warga emas dapat berdikari tanpa memerlukan bantuan anak-anak, dan boleh melindungi diri sendiri apabila menghadapi percubaan penipuan," kata Cik Norjah.



Selain mengajar kemahiran digital asas, Cik Nur Shahana, yang telah bergelar duta digital sejak Jun tahun lalu, turut mengambil peluang untuk mengajar warga emas beberapa jalan pintas, seperti mengimbas telefon yang mempunyai aplikasi TraceTogether apabila mahu daftar masuk tanpa perlu mengimbas kod QR.



Laporan lanjut - Nenek guna telefon bijak belajar agama, buat bayaran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >