Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontinjen SCDF selamat pulang setelah 'misi mencabar' di Turkey

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



KONTINJEN 68 anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tanah air pada awal pagi 18 Februari selepas melengkapkan misi menyelamat 10 hari di Turkey.



Sekitar 400 keluarga dan rakan hadir di Lapangan Terbang Changi seawal 4 pagi untuk menyambut kontinjen Operasi Lionheart itu.



Turut hadir ialah Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Duta Besar Turkey ke Singapura Encik Mehmet Burcin Gonenli.



Dalam ucapan beliau, Encik Shanmugam memuji kontinjen 68 anggota yang diketuai oleh Kolonel Chew Keng Tok.



Beliau berkata: "Dalam menghadapi tragedi ini, setiap kehidupan penting.... Anda telah membantu mangsa-mangsa daripada runtuhan bangunan di pelbagai tapak... Saya, seperti warga Singapura yang lain berbangga atas semangat dan sumbangan anda walaupun dalam keadaan yang amat sukar."



Bercakap kepada media, Dr Faishal berdukacita dan mengucapkan takziah kepada warga Turkey dan Syria yang mengalami kehilangan, sebelum memuji kontinjen SCDF yang dihantar ke Turkey.



"Kami berasa bangga dengan keupaayan dan semangat yang ditonjolkan oleh pasukan.



"Mereka telah mempelajari dan meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat menyumbang tenaga untuk kerja-kerja menyelamatkan," ujar Dr Faishal yang juga berharap usaha sedemikian dapat diperkukuhkan supaya dapat diteruskan.



Duta Turkey ke Singapura, Encik Mehmet Burcin Gonenli, berkata gempa yang berlaku pda 6 Februari itu adalah bencana alam terbesar yang pernah melanda Turkey.



"Malapetaka yang melanda negara kami itu terlalu besar untuk kami pikul sendiri.



"Mujur, kami mempunyai rakan-rakan baik dan Singapura adalah salah satu daripada mereka. Singapura telah tampil untuk membantu dalam masa yang paling sukar bagi kami dan inilah nilai persahabatan," kata Encik Mehmet.



"Bagi pihak masyarakat Turkey di sini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada SCDF atas usaha mereka di Turkey dan juga kepada rakyat Singapura yang telah banyak membantu menghulurkan derma.



Laporan lanjut: Ibu bangga anak jayakan misi menyelamat di Turkey




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >