Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kontraktor 5 BTO tertangguh mula proses gulung tikar

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT pembinaan Greatearth telah memulakan proses menggulung tikar, seminggu setelah ia menutup lima tapak projek Bina Ikut Tempahan (BTO), yang menjejas lebih 2,900 pembeli flat yang kini terpaksa menunggu lebih lama bagi rumah mereka.



Pengarah Greatearth Corporation dan Greatearth Construction, Encik Goh Eng Hwee, telah mengemukakan akuan berkanun mengenai ketidakmampuan syarikat itu meneruskan perniagaan.



Firma perkhidmatan profesional PwC dilantik sebagai pelikuidasi sementara syarikat itu semalam.



Satu mesyuarat kreditor akan diadakan pada 27 September, lapor The Straits Times.



Dua syarikat berkaitan itu - Greatearth Corporation dan Greatearth Construction - kontraktor utama lima projek BTO yang merangkumi 2,982 unit flat.



Projek tersebut ialah Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, Marsiling Grove di Woodlands dan West Coast Parkview di Clementi.



Kerja di lima tapak itu telah dihentikan sejak 20 Ogos.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah memberitahu pembeli flat bahawa projek tersebut akan ditangguhkan, tetapi agensi itu tidak menjelaskan berapa lama.



Kontraktor baru akan dilantik secepat mungkin bagi menyelesaikan baki kerja, kata HDB sebelum ini.



Sebelum ini, tarikh siap projek-projek itu ditangguh disebabkan gangguan tenaga kerja dan bekalan dalam sektor pembinaan disebabkan pandemik Covid-19.



Greatearth juga kontraktor utama dua projek awam yang kini menghadapi kemungkinan ditangguh. Dua projek itu ialah Krematorium Mandai dan Columbarium di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan depoh bas Gali Batu di bawah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Beberapa kontraktor kecil juga menghadapi kerugian kewangan besar disebabkan hutang bayaran kontrak tertunggak oleh Greatearth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >