Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konvensyen pengantaraan kini lebih penting semasa Covid-19: Shanmugam

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT keperluan lebih besar bagi mekanisme penyelesaian pertikaian yang baik kini, lebih-lebih lagi dengan pandemik Covid-19 dan ketegangan geopolitik dan fahaman perlindungan perdagangan semakin meningkat yang membawa kepada lebih banyak pertikaian, kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Dalam konteks ini, Konvensyen Singapura untuk Pengantaraan telah menjadi lebih penting, kata beliau kelmarin.



Perjanjian pertikaian perdagangan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkuat kuasa pada September tahun lalu; 54 negara telah menandatangani dan tujuh telah memeterai konvensyen itu, yang berkuat kuasa tahun lalu.



Encik Shanmugam berkata beliau berharap lebih banyak negara akan ikut serta kerana keberkesanan konvensyen itu bergantung pada berapa banyak pihak yang memeterainya.



"Covid-19 telah menunjukkan kepada kita betapa pantas pertikaian boleh berlaku dan betapa tidak terduga keadaan yang boleh membawa kepada pertikaian," kata beliau di Akademi Suruhanjaya PBB mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL), sebuah persidangan dua hari di Minggu Konvensyen Singapura.



Di tengah-tengah pandemik Covid-19, perniagaan tidak dapat memenuhi kewajipan kontrak mereka, dan anggapan dibuat sebelum pandemik itu juga telah berubah sepenuhnya, kata beliau.



Pada masa yang sama, terdapat semakin banyak pergolakan sivil dan ketidakstabilan politik di serata dunia, dan juga ketegangan geopolitik yang meningkat dan fahaman perlindungan perdagangan yang lebih besar.



Trend tersebut telah membawa kepada pasaran dunia yang berpecah belah, persekitaran perniagaan lebih tidak menentu, dan risiko komersial lebih besar bagi perniagaan, kata Encik Shanmugam.



"Apa yang berlaku sekarang merosakkan ekonomi di seluruh dunia. Dan syarikat dan pengguna yang menanggung akibatnya," tambah beliau.



Encik Shanmugam berkata Konvensyen Singapura akan menjadikan pengantaraan lebih cekap dan berkesan serta memberikan lebih banyak kepastian.



"Ia memberikan pihak yang terlibat keyakinan lebih besar bahawa pengantaraan boleh digunakan untuk menyelesaikan pertikaian rentas sempadan.



"Ia juga membantu mempermudahkan perdagangan, dan ia baik bagi ekonomi sejagat secara keseluruhan," kata beliau.



Konvensyen itu, yang secara rasmi dikenali sebagai Konvensyen PBB mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa hasil Pengantaraan, menjadikannya lebih mudah bagi perjanjian perantara dikuatkuasakan di negara yang beralah.



Tanpa perjanjian itu, perjanjian penyelesaian yang dibuat di satu negara mungkin tiada kuasa undang-undang di negara yang lain, dan pihak yang terlibat itu akan perlu pergi ke mahkamah untuk menguatkuasakannya.



Singapura akan bekerjasama dengan UNCITRAL untuk mempertingkat kebergunaan Konvensyen Singapura untuk Pengantaraan dan menyediakan bantuan teknikal kepada negara, kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >