Tujuh daripada 10 siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi kohort 2019, berjaya mendapatkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) menemu ramah dua pelajar yang berjaya mendapat pekerjaan pilihan mereka sebelum tarikh konvokesyen mereka.
KEPUTUSAN peperiksaan GCE peringkat 'O' dan 'A' Cik Dian Nadia Muhamad Tahir, 24 tahun, tidak begitu memberangsangkan beberapa tahun lalu.