BEIJING: Jumlah kematian daripada wabak koronavirus novel 2019 (2019-nCoV) di China mencapai 361 semalam, melebihi jumlah kematian daripada Sars, yang membunuh 349 orang di negara itu.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China berkata terdapat 57 lagi kematian daripada virus itu, kesemuanya, kecuali satu kes, di wilayah Hubei, yang paling teruk terjejas.