Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: 47 kes baru di S'pura; notis duduk di rumah 14 hari bagi semua pengunjung dan warga yang pulang

Mar 18, 2020 | 09:38 PM



SEMUA pelawat yang memasuki Singapura, termasuk warga Singapura, akan dikenakan notis duduk di rumah (SHN) 14 hari bermula esok, sedang pemerintah menggesa warga supaya tidak ke luar negara, dengan jumlah kes baru di Singapura melonjak ke 47 pada Rabu (18 Mac) – jumlah tertinggi dalam sehari.


Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata hampir 70 peratus kes baru yang dikenal pasti sejak tiga hari lalu adalah yang diimport, melibatkan penduduk Singapura dan pemilik pas kunjungan jangka panjang yang pulang ke Singapura selepas ke luar negara.


Bermula 11.59 malam Jumaat, pengunjung dan warga yang memasuki Singapura akan diberikan SHN dan perlu menunjukkan, sebagai bukti, alamat di mana mereka akan melengkapkan SHN.



“Sebagai contoh, tempahan hotel bagi seluruh tempoh, atau tempat tinggal mereka atau milik keluarga mereka,” kata MOH.



Orang yang dikenakan SHN perlu kekal di alamat yang diberikan itu selama 14 hari selepas memasuki Singapura.



Menurut MOH, nasihatnya menggesa warga Singapura supaya tidak ke luar negara adalah lanjutan nasihat yang diberikan lebih awal, supaya tidak ke luar negara bagi urusan tidak penting.



“Pelanjutan nasihat ke luar negara ini adalah untuk mengurangkan risiko warga Singapura dijangkiti virus apabila di luar negara dan menyebarkannya ke warga Singapura yang lain apabila mereka pulang ke sini,” kata MOH.



Dalam pada itu, Jawatankuasa Bertugas Khas Singapura-Malaysia juga sedang berbincang untuk mengatur rancangan pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan antara kededua negara itu, dan akan mengumumkan butirannya apabila perbincangan lengkap.



MOH berkata kededua pihak sedang berbincang untuk memastikan pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan yang ‘selamat dan berdaya tahan’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >