Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Doktor poliklinik antara mereka yang membantu di asrama

May 19, 2020 | 09:30 AM

BEBERAPA penduduk Jurong West mungkin mengenali Dr Chua Ying Xian dari Poliklinik Pioneer berdekatan, di mana beliau merupakan timbalan ketua.


Tetapi sepanjang sebulan lalu, doktor berusia 34 tahun itu turut berkhidmat kepada demografik berbeza - pekerja asing di asrama.


Tidak lama selepas kelompok koronavirus pertama ditemui di asrama awal bulan lalu, Dr Chua mula menjadi sukarelawan di asrama Sungei Tengah Lodge yang mempunyai 25,000 katil.


Beberapa hari pertama berkhidmat di sana cukup meletihkan, katanya kepada The Straits Times.


"Saya ingat saya bersedia secara mental dan fizikal, tetapi tidak," kata Dr Chua, yang telah 10 tahun bertugas dalam bidang perubatan.


Beliau menyingkap bagaimana beliau menemui seramai 120 pesakit dalam tiga jam semasa puncak penyebaran di asrama. Sekitar 80 hingga 90 peratus daripada mereka disahkan positif Covid-19.


Sedang penting bagi keselamatannya, peralatan perlindungan peribadi penuh yang dipakainya tidak selasa, panas dan tidak mempunyai aliran udara yang baik.


Dr Chua dan rakan kerjanya juga memainkan peranan lain: sebagai kaunselor bagi pekerja-pekerja itu.


"Tekanan mental mereka adalah nyata. Mereka merindui keluarga mereka, mereka tidak dapat keluar, dan cemas apabila melihat rakan mereka dihantar ke hospital atau laporan pekerja yang meninggal dunia," katanya.


Pada hari beliau tidak mengunjungi asrama, Dr Chua terus berkhidmat di poliklinik, termasuk "zon merah" untuk menguruskan pesakit dengan simptom Covid-19.

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >