Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: FairPrice, Dairy Farm tawar masa khusus bagi warga tua, wanita hamil, kurang upaya di pasar raya

Mar 24, 2020 | 06:07 PM



GOLONGAN warga emas, wanita hamil dan kurang upaya kini boleh membeli-belah dengan tenang selepas dua syarikat rangkaian pasar raya setempat, NTUC FairPrice dan  Dairy Farm Singapore (DFSG) memperuntukkan masa khusus untuk mereka.



Ini dalam usaha untuk memastikan golongan tersebut mereka dilindung semasa wabak koronavirus ini.



DFSG memiliki cawangan pasar raya Cold Storage, Giant, Market place dan Jasons Deli.



Bagi  FairPrice, inisiatif itu akan diadakan setiap Isnin pada jam pertama pasar raya itu memulakan operasinya dan ini akan bermula pada Isnin depan, kata FairPrice pada Selasa (24 Mac).



Di pasar raya milik DFSG pula, syarikat itu telah mengumumkan dalam satu kenyataan pada Selasa (24 Mac) bahawa para pelanggannya boleh membeli-belah pada jam pertama waktu permulaan operasi cawangan, pada setiap Selasa dan Rabu mulai minggu ini.



Masa yang dikhususkan golongan berkenaan untuk membeli-belah juga berbeza bagi cawangan pasar raya kededua syarikat tersebut yang dibuka 24 jam.



Bagi FairPrice, masa yang diperuntukkan itu adalah dari 7 hingga 8 pagi dan bagi DFSG pula adalah dari jam 8 hingga 9 pagi.



Tindakan tersebut merupakan langkah sejajar nasihat Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memastikan penjarakan selamat supaya tahap perlindungan yang dipertingkat diutamakan untuk golongan yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >