Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Infrastruktur Internet dipertingkat, lebih banyak kandungan percuma

Apr 08, 2020 | 06:39 PM



INFRASTRUKTUR telekomunikasi akan dipertingkat untuk memperbaiki perkhidmatan Internet di kawasan perumahan, dan lebih banyak kandungan hiburan dan berita akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna, kata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Rabu (8 April).



Langkah itu diambil sedang ramai penduduk bekerja dan belajar dari rumah dalam tempoh 'pemutus litar' ini.


IMDA berkata ia akan menyokong syarikat telekomunikasi setempat untuk menaik taraf rangkaian dan meningkatkan kapasiti seluruh negara bagi "memastikan individu, isi rumah dan perniagaan terus menikmati kelancaran fungsi perkhidmatan penting dan aktiviti dalam talian dari rumah".


Peningkatan itu dijangka memastikan liputan rangkaian yang konsisten di kawasan kediaman sekarang memandangkan trafik Internet yang tinggi telah beralih dari pejabat dan ruang komersial ke rumah penduduk.


IMDA juga telah bekerjasama dengan Mediacorp dan pengendali TV berbayar Singtel dan StarHub untuk menyediakan lebih banyak kandungan kepada orang ramai secara percuma, walaupun mereka bukan pelanggan perkhidmatan sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >