Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Laman web NTUC 'sangkut' dek sambutan luar dugaan

Apr 28, 2020 | 03:57 PM

LAMAN web untuk individu bekerja sendiri yang mahu mendapatkan pelepasan pendapatan di tengah-tengah wabak koronavirus telah diturunkan supaya sistem giliran dapat dibangunkan setelah ia dibanjiri permohonan dalam talian.


Laman Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) tergantung semalam disebabkan oleh bilangan permohonan yang tinggi bagi Skim Pelepasan Pendapatan Individu Bekerja Sendiri (SIRS).


Dalam catatan Facebook oleh Unit Pekerja Bebas dan Individu Bekerja Sendiri NTUC, pengguna diberitahu bahawa sistem giliran akan dilaksanakan untuk mengelakkan gangguan lanjut, dan laman permohonan akan ditutup untuk sementara waktu bagi membolehkan perubahan dilakukan.


Tidak dinyatakan bila laman web itu akan dapat dilungsuri lagi.


Gerakan buruh berkata masalah hubungan yang dihadapi pengguna adalah disebabkan oleh "lonjakan permohonan yang besar", walaupun mereka telah menjangkakan trafik tinggi dan telah bersiap sedia untuk senario ini.


SIRS akan memberi wang tunai $3,000 pada Mei, Julai dan Oktober tahun ini.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >