Koronavirus: Lebih 500 GP dikerah beri rawatan bersubsidi
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengerahkan 506 klinik perubatan umum (GP) untuk menawarkan rawatan bersubsidi kepada pesakit yang mempunyai simptom pernafasan.
Ini sebahagian langkah pemerintah membendung wabak koronavirus Covid-19.
Klinik-klinik ini terletak di kesemua estet perumahan awam besar seperti Tampines, Ang Mo Kio, Woodlands dan Jurong.
The Straits Times melaporkan bahawa klinik-klinik itu, termasuk 20 poliklinik, sebelum ini dikerahkan untuk mengawal pandemik H1N1 dan jerebu.
Warga dan penduduk tetap Singapura perlu membayar hanya $10 bagi konsultasi dan rawatan di klinik tersebut, sementara Generasi Perintis dan Merdeka perlu membayar hanya $5.
Senarai klinik yang terlibat boleh didapatkan di phpc.gov.sg.