Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Lebih banyak khidmat kesihatan, termasuk pergigian, vaksinasi, disambung mulai 2 Jun

May 20, 2020 | 11:45 AM

WARGA Singapura akan dapat menggunakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti pemeriksaan barah, pembedahan katarak lanjut, vaksinasi selesema dan prosedur pergigian mulai 2 Jun, sedang Singapura keluar dari pemutus rantaian jangkitan.


Perkhidmatan itu merangkumi pesakit luar pakar, kesihatan bersekutu, perkhidmatan kesihatan berasaskan komuniti dan pencegahan, serta prosedur perubatan dan pengurusan penyakit kronik, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.


Contoh prosedur lain yang boleh diteruskan adalah skop untuk kumpulan berisiko tinggi dan pemeriksaan kaki pesakit kencing manis.


Mereka akan diberi keutamaan oleh penyedia penjagaan kesihatan berdasarkan keperluan dan keupayaan yang ada, dan langkah pencegahan dan jarak selamat yang bersesuaian harus diambil, kata MOH.


Sebagai contoh, langkah mengurangkan penghasilan aerosol semasa perkhidmatan pergigian harus dilaksanakan.


Perkhidmatan penjagaan kesihatan pelengkap juga akan dimulakan semula untuk sesi satu-satu (one-on-one) dan dengan janji temu, dan akupunktur perubatan tradisional Cina (TCM) akan dibolehkan untuk semua keadaan, kata MOH.


Kementerian itu akan memberitahu penyedia perkhidmatan mengenai perubahan itu melalui saluran biasanya, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di sidang media maya semalam.

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >