Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Lima rakyat S’pura atas kapal Diamond Princess dibenar turun

Feb 21, 2020 | 12:02 PM



LIMA rakyat Singapura yang dikuarantin di atas kapal persiaran Diamond Princess di Yokohama, Jepun, telah dibenarkan turun dari kapal itu.



Mereka telah memutuskan untuk kekal di Jepun selama 14 hari sebelum kembali ke Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (21 Feb).



“Rakyat Singapura itu akan dikuarantin jika mereka pulang ke Singapura dalam tempoh 14 hari dari tarikh mereka turun dari kapal itu sebagai langkah berjaga-jaga tambahan menurut protokol kesihatan awam semasa kami,” kata jurucakap MFA.



MFA berkata Kedutaan Singapura di Tokyo akan terus menyediakan bantuan kepada lima rakyat Singapura itu.



Kementerian itu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun kerana menghulurkan bantuan kepada kumpulan rakyat Singapura itu semasa tempoh kuarantin.



Lebih 600 penumpang telah diuji positif bagi Covid-19, menjadikan kapal itu kelompok jangkitan tunggal yang terbesar di luar China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >