Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Nisbah ujian di S'pura antara yang tertinggi di dunia

May 20, 2020 | 10:45 AM

LEBIH 281,000 ujian bagi mengesan Covid-19 ke atas 191,000 individu unik telah dilakukan di sini setakat ini, kata pengarah perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan, Profesor Madya Kenneth Mak, semalam.


Ini bermakna sekitar 49,000 ujian dijalankan ke atas setiap sejuta orang di negara ini, tambahnya.


Bercakap di sidang media maya, Prof Mak berkata: "Kami terus mengembangkan keupayaan ujian kami dan kami kekal komited ke arah melakukan ujian yang diperlukan untuk pelbagai strategi yang kami laksanakan, untuk mengembalikan orang ramai ke kerja (dan) ke masyarakat dengan selamat, untuk memastikan bahawa risiko penyebaran tetap terkawal. "


Beliau menambah yang Singapura sedang mencari kaedah baru untuk memaksimumkan manfaat yang diperolehi daripada ujian tersebut.


Ini termasuk kaedah pengujian yang dikumpulkan, terutama dalam keadaan di mana risiko penyebaran kekal rendah.


Strategi seperti itu akan berfungsi dengan baik apabila digunakan untuk mengawasi bahagian tertentu penduduk yang menjadi keprihatinan pihak bekuasa, kata Prof Mak, tanpa menjelaskan lebih lanjut.

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >