Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Pegawai Certis Cisco di Chingay tidak dekati peserta, penonton, kata PA

Feb 11, 2020 | 03:11 PM



PEGAWAI keselamatan yang telah dikerah semasa acara Chingay tahun ini dan kemudian didapati positif bagi koronavirus tidak berada dekat dengan peserta atau penonton.



Demikian dinyatakan Persatuan Rakyat (PA) yang telah menganjurkan acara tersebut.



Dalam satu kiriman Whatsapp yang telah diberikan kepada peserta Chingay dan pemimpin akar umbi semalam (Isnin, 10 Feb), PA berkata pegawai Certis Cisco berusia 37 tahun itu telah diambil suhu badannya pada kedua-dua hari acara iaitu 31 Januari dan 1 Februari, dan tidak menunjukkan sebarang tanda kurang sihat, lapor The Straits Times.



"Kami minta maaf atas kecemasan akibat berita itu tapi berdasarkan fakta yang ada pada masa ini, pegawai itu tidak berada dekat dengan mana-mana peserta atau penonton," menurut kiriman mesej tersebut.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam, pegawai itu dikatakan mula mempunyai simptom selepas memberi perintah kuarantin ke atas dua individu dari Wuhan, China, yang kemudiannya diuji positif bagi virus tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >