Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Koronavirus: Remaja jamah minuman di pasar raya cadang mengaku bersalah

May 08, 2020 | 12:54 PM

SEORANG remaja berusia 17 tahun, yang dikatakan berkait dengan video seorang budak lelaki menjamah minuman di pasar raya NTUC FairPrice sebelum meletakkannya kembali di rak, merancang mengaku bersalah atas satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam.


Nigel Pang Yew Ming memberitahu mahkamah daerah pada Jumaat (8 Mei) yang dia tidak akan mendapatkan peguam.


Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin $3,000 dan dijangka mengakui kesalahannya pada 22 Mei.


Pang dan seorang remaja lain, Quek Xuan Zhi, juga 17 tahun, pertama kali muncul di mahkamah pada 9 April setelah salah seorang daripada mereka kononnya menjamah minuman di cawangan FairPrice di Bukit Batok West Avenue 7 sekitar jam 7.45 malam pada 6 Februari.


Dokumen mahkamah tidak menyatakan siapa sebenarnya yang menjamah minuman tersebut.


Identiti orang yang merakam video itu juga tidak didedahkan.


Video itu dimuat naik ke Instagram dan kemudian menjadi tular.


Ia juga menyebabkan kebimbangan masyarakat di tengah-tengah wabak koronavirus.


Quek akan dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun.

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >