Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kriteria pendapatan Geran Pemulihan Covid-19 diperketat

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



KESAN ekonomi Covid-19 kini semakin berkurangan sedang Singapura beralih ke arah hidup bersama virus itu.



Oleh itu, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah mengetatkan kriteria kelayakan pendapatan bagi Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) untuk menyalurkan lebih banyak sokongan kepada golongan lebih memerlukan.



MSF mengumumkan beberapa perubahan bagi CRG mulai 1 Januari depan dalam satu kenyataan semalam.



Antara lain, pemohon layak harus mempunyai pendapatan isi rumah $6,000 dan ke bawah sebulan atau pendapatan isi rumah per kapita $2,000 sebulan dan ke bawah sebelum hilang pekerjaan atau pendapatan, atau diarah mengambil cuti tanpa gaji.



Buat masa ini, pemohon layak perlu mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih $7,800 sebulan atau pendapatan isi rumah per kapita tidak lebih $2,600 sebulan sebelum hilang pekerjaan atau pendapatan, atau diarah mengambil cuti tanpa gaji.



MSF berkata kriteria kelayakan pendapatan itu disesuaikan untuk menyalurkan lebih sokongan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan yang kurang.



Selain semakan ke atas kriteria kelayakan pendapatan, MSF mengumumkan beberapa semakan berkaitan keperluan mencari pekerjaan bagi pemohon serta tempoh kegiatan ekonomi yang sah.



Tiada perubahan dibuat bagi kriteria kelayakan CRG lain, termasuk jumlah maksimum bantuan daripada CRG yang boleh didapatkan oleh seseorang penerima serta jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan dalam setiap pusingan.



Mulai 1 Januari depan, pemohon layak boleh menerima hingga tiga pusingan CRG antara 2021 dengan 2023, ujar MSF.



Pemohon berjaya boleh mendapatkan bantuan bagi tiga bulan di bawah setiap pusingan CRG yang diterimanya.



Pemohon layak dan tidak menerima CRG pada 2021 atau 2022 boleh menerima hingga tiga pusingan CRG tahun depan, sekiranya mereka memenuhi semua kriteria kelayakan semasa membuat permohonan.



Mereka yang menerima satu atau dua pusingan CRG antara tahun lepas dan tahun ini boleh mendapat hingga dua atau satu lagi pusingan CRG tahun depan.



"Kami mengekalkan jumlah maksimum pusingan CRG yang boleh didapatkan penerima layak bagi memastikan sikap cermat dalam penggunaan dana awam kerana bantuan kewangan tidak akan berkesan bagi membantu penerima yang sudah mendapat tiga pusingan bantuan CRG (iaitu sembilan bulan) untuk meningkatkan situasi pekerjaan mereka.



"Sebaliknya, penerima sedemikian lebih memerlukan sokongan pekerjaan khusus untuk mempertingkat situasi mereka," kata MSF.



Ia menambah bahawa Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) juga akan terus menghubungi penerima CRG kali ketiga untuk merujuk mereka kepada sumber yang boleh membantu usaha mencari kerja mereka.



Penerima CRG kali ketiga yang memerlukan bantuan kewangan bagi perbelanjaan harian asas mereka boleh menghubungi Pejabat Khidmat Sosial menerusi laman web http://go.gov.sg/ssolocator juga untuk menjalani penilaian bagi skim bantuan sosial lain.




ANTARA KRITERIA GERAN PEMULIHAN COVID-19 (CRG)



Usia: 21 tahun ke atas



Kerakyatan: Rakyat Singapura (SC) dan Penduduk Tetap (PR).



Nilai Tahunan hartanah kediaman: Tinggal dalam hartanah AV tidak lebihi $21,000. Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah kediaman.



Tranche (Setiap bahagian menawarkan bantuan tiga bulan): Setiap orang yang layak boleh terima CRG sebanyak tiga bahagian (sembilan bulan) antara tahun lalu dengan tahun depan.



- Contohnya, mereka yang telah menerima CRG sebanyak dua bahagian antara tahun lalu dengan tahun ini boleh terima sekali bahagian mereka, tahun depan.



- Mereka yang tidak menerima CRG tahun lalu atau tahun ini boleh terima sehingga tiga bahagian tahun depan.



Tiada perubahan kepada jumlah sokongan kewangan yang ditawarkan bagi setiap bahagian CRG, terdiri daripada:



a) Sehingga $700 sebulan untuk tiga bulan sekiranya pekerja:



- Tidak bekerja akibat diberhentikan atau kontrak ditamatkan bukan secara sukarela; atau



- Diberi ambil cuti tanpa gaji untuk tempoh tiga bulan berturut-turut.



b) Sehingga $500 sebulan untuk tiga bulan kepada:



- Pekerja yang hadapi kehilangan gaji sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, dengan anggaran kehilangan sekurang-kurangnya 50 peratus, atau



- Mereka yang kerja sendiri kehilangan pendapatan perdagangan bersih (NTI) sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut, dengan anggaran kerugian sekitar 50 peratus semasa permohonan dibuat berbanding NTI bulanan tahun lalu atau tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >