Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kru ambulans SCDF hanya guna peralatan pelindung diri dipertingkat ketika urus kes Covid-19

Jun 14, 2020 | 05:44 PM

MULAI Isnin (15 Jun), kru ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) perlu memakai peralatan pelindung diri (PPE) yang dipertingkat hanya ketika menjawab kes yang berkaitan dengan Covid-19.


Ini adalah kes yang melibatkan pesakit Covid-19 yang diketahui, mereka yang berada di bawah notis kuarantin atau jangan keluar rumah, atau mereka yang memenuhi kriteria Kementerian Kesihatan (MOH) untuk kes yang disyaki.


Semakan ini dibuat berdasarkan pengurangan bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat, kata SCDF pada Ahad (14 Jun).


Ketua pegawai perubatan SCDF Shalini Arulanandam berkata: "Semua kru akan terus memakai pelitup N95 dan gogal sepanjang masa ketika bertugas untuk memberikan perlindungan yang memadai daripada kemungkinan penyebaran titisan Covid-19 melalui membran mukus (mata, hidung, mulut) apabila mereka melakukan prosedur seperti bantuan pernafasan kecemasan dan pengurusan saluran udara.


"Keperluan yang disemak itu juga akan mengurangkan risiko kelesuan akibat suhu panas bagi kru ambulans yang perlu meluangkan berjam-jam di persekitaran luar."


Sejak 7 Februari, apabila tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) dinaikkan ke jingga, kru ambulans SCDF telah dikehendaki memakai PPE yang dipertingkat apabila menjawab semua panggilan ambulans.


PPE yang dipertingkat terdiri daripada pelitup N95, gogal dan gaun lengkap.


Anggota kru dengan rambut panjang juga diminta memakai penutup rambut.


Sejak 22 Januari, ambulans kecemasan SCDF telah membawa 4,954 pesakit Covid-19 yang disyaki ke hospital.


Sehingga Jumaat, 58 daripada pesakit yang disyaki itu kemudian disahkan positif mengidap virus tersebut.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >