Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kukuh keadilan di tempat kerja lalui perundangan

Persetujuan dicapai Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Kesaksamaan di Tempat Kerja (TriCom)
Feb 14, 2023 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Tiga Pihak mengenai Kesaksamaan di Tempat Kerja (TriCom) telah bersetuju untuk mengukuhkan rangka kerja keseluruhan bagi keadilan di tempat kerja melalui perundangan.



Dalam laporan interimnya yang dikeluarkan pada 13 Februari, TriCom berkata Perundangan Kesaksamaan Tempat Kerja (WFL), yang turut memperkenal beberapa perlindungan baru, merupakan satu langkah ke hadapan yang penting untuk melindungi pekerja daripada diskriminasi.



Laporan interim itu turut mengetengahkan 20 saranan TriCom, yang dikumpulkan hasil perundingan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk pekerja, majikan, pengamal sumber manusia dan badan bukan pemerintah.



Menurut jawatankuasa tersebut, perundangan dalam isu ini bertujuan melarang diskriminasi yang lazim di Singapura, dan mengukuhkan perlindungan dan pembetulan bagi pekerja yang mengalami diskriminasi.



Sebelum ini, rakan kongsi tiga pihak telah bekerja rapat untuk menegakkan keadilan di tempat kerja melalui pendidikan dan penguatkuasaan Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP).



WFL adalah penambahan dan pelengkap - bukan pengganti TGFEP, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng yang juga pengerusi bersama TriCom, semasa sidang media yang diadakan pada Isnin di ibu pejabat MOM di Havelock Road.



Beliau disertai dua lagi pengerusi bersama jawatankuasa tersebut yang ditubuhkan pada Julai 2021, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, dan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Dr Robert Yap.



"Menghapuskan diskriminasi adalah usaha seluruh masyarakat. Ia memerlukan pengetahuan, pemahaman dan rasa tanggungjawab oleh majikan serta sokongan pekerja," kata Dr Tan.



Meskipun bilangan pencari kerja yang mengadu mengalami diskriminasi berkurangan - 25 peratus pada 2021 berbanding 43 peratus pada 2018 - Dr Tan berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk memastikan Singapura mempunyai sistem yang kukuh untuk mempertahankan kesaksamaan di tempat kerja.



"Adalah penting bagi kami untuk menghantar isyarat kuat bahawa kami mempunyai toleransi sifar terhadap sebarang bentuk diskriminasi di tempat kerja," tekan beliau.



TriCom antara lain mengesyorkan bahawa lima kategori ciri dilindungi di bawah WFL.



Ini termasuk usia; kewarganegaraan; jantina, status perkahwinan, status kehamilan, tanggungjawab pengasuhan; bangsa, agama, bahasa; dan ketidakupayaan serta keadaan kesihatan mental.



Jawatankuasa itu juga mengesyorkan bahawa undang-undang membenarkan majikan memihak kepada orang kurang upaya dan warga emas berumur 55 tahun ke atas, selagi mereka memenuhi keperluan kerja asas.



Ini bermakna membenarkan majikan mengambil pekerja daripada kumpulan tersebut, walaupun terdapat calon lain yang sama atau lebih layak.



TriCom turut mencadangkan agar majikan dilarang bertindak balas terhadap pekerja yang melaporkan kes diskriminasi, dan mengatakan bahawa majikan yang melakukan hal demikian patut berdepan dengan tindakan penguatkuasaan.



Dalam pada itu, akur bahawa terdapat kes di mana pengadu mungkin mengemukakan kes remeh yang tidak mempunyai dasar aduan kukuh, TriCom berkata, Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT) harus dibenarkan membatalkan tuntutan remeh dan mengarahkan penuntut yang tidak berjaya membayar sehingga $5,000 kepada syarikat terbabit.



Bagi majikan yang melanggar undang-undang,, mereka mungkin berdepan dengan akibat yang berbeza berdasarkan tahap keterukan kesalahan.



TriCom mencadangkan pelbagai hukuman daripada perintah pembetulan kepada pengurangan pas kerja.



Dr Tan berkata, Rang Undang-undang berkenaan WFL mungkin dikemukakan di Parlimen seawal 2024.



Namun, sebelum itu, orang ramai boleh memberi maklum balas mereka mengenai saranan TriCom melalui https://go.gov.sg/tcwfinterimfeedback.




ANTARA SARANAN TRICOM



❒ Larang diskriminasi di tempat kerja berkenaan ciri-ciri dilindungi berikut: umur, kewarganegaraan, jantina/status perkahwinan/status kehamilan/tanggungjawab pengasuhan, bangsa/agama/bahasa, ketidakupayaan/keadaan kesihatan mental



❒ Majikan mesti terlebih dahulu iklankan jawatan kosong di MyCareersFuture dan pertimbangkan secara saksama semua calon yang memohon sebelum kemukakan permohonan EP dan S Pass



❒ Larang majikan daripada bertindak balas terhadap mereka yang lapor diskriminasi/gangguan tempat kerja



❒ Bolehkan organisasi agama buat keputusan pekerjaan berdasarkan agama dan keperluan agama



❒ ECT boleh tuntut pampasan sehingga $5,000 bagi tuntutan pra-pekerjaan, dan sehingga $20,000 (bukan anggota kesatuan)/$30,000 (anggota kesatuan) bagi tuntutan semasa atau akhir pekerjaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >